RED ALERT!!!!!! SPM 2013 Binaan Ayat Bahasa Tulisan Dalam - TopicsExpress



          

RED ALERT!!!!!! SPM 2013 Binaan Ayat Bahasa Tulisan Dalam soalan 3a, calon SPM akan diminta membina ayat. Untuk itu, calon hendaklah membina ayat yang gramatis. Namun kadang kala calon terbawa-bawa ayat dalam bahasa kolokial dalam menyiapkan ayat masing-masing. Perhatikan dua ayat di bawah: 1. Hashim memberitahu bahawa dia tak tahu susuk tubuh pencuri itu. Ayat 1 di atas merupakan ayat dalam bahasa kolokial dan tentunya tidak gramatis sebagai ayat bahasa tulisan. Ayat 1 di atas hendaklah ditulis seperti 1a : 1a. Hashim memberitahu bahawa dia tidak mengetahui susuk tubuh pencuri itu. Ayat 1 itu menggunakan bahasa tidak baku, iaitu pada ungkapan tak tahu . Oleh itu, ungkapan yang baku ialah tidak mengetahui . Contoh lain pula seperti berikut: 2. Saya pergi membeli-belah. Ayat 2 juga ayat dalam bahasa kolokial dan selalu dituturkan dalam bahasa lisan. Bagaimanapun, dalam bahasa tulisan, ayat 2 tidak boleh digunakan. Ayat 2 hendaklah dituliskan dalam bentuk bahasa tulisan seperti ayat 2a berikut: 2a. Ke Alamanda saya pergi membeli-belah pakaian. Ayat 2a itu mempunyai unsur sendi nama dan objek. Unsur sendi nama di atas penting kerana ungkapan saya pergi merupakan ayat dalam bentuk pasif persona pertama. Unsur objek pula penting kerana ayat itu mempunyai kata kerja transitif, iaitu membeli-belah. Berbanding ayat 2 ialah ayat yang tidak lengkap sebagai bahasa tulisan. Latihan Peribahasa SPM Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud setiap ayat berikut. 1. Kehadiran Muthu di kampung itu amat dibimbangi jiran tetangganya kerana dia selalu mengambil barang-barang jiran-jirannya tanpa meminta izin terlebih dahulu. 2. Aminah mempunyai perangai yang tidak digemari oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang suka mengambil barang-barang yang telah diberikannya semula. 3. Keputusannya untuk berhijrah ke Australia tidak dapat diubah lagi walaupun telah dihalang oleh kedua-dua ibu bapanya berkali-kali. 4. Semua ikan yang dipelihara oleh penternak telah terlepas akibat banjir yang melanda kampung itu bulan lalu. 5. Safee Sali ialah seorang penyerang yang disandarkan harapan tinggi oleh pengurus dan peminat untuk menjaringkan gol. Insya-Allah jawapan akan muncul pada hari Rabu. Sekian dan terima kasih. Selamat Maju Jaya! Jawapan: 1. cepat tangan 2. buruk siku 3. bulat hati 4. putih mata 5. ayam tambatan Latihan Tatabahasa SPM Cari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. 1. Yang DiPertua Majlis Perbandaran telah memesan kepada kaki tangannya supaya bekerja bersungguh-sungguh. 2. Kerajaan telah melengkapi stesen bas itu dengan pelbagai pasarana untuk golongan OKU. 3. Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada. 4. Matan Perdana Menteri telah menyeru para belia agar lebih proaktif untuk bangunkan negara. 5. Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya. 6. Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja. 7. Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan. 8. Semua calon SPM dijangka akan terima keputusan masing-masing pada bulan Febuari. 9. Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya. 10. Semua kenderaan yang berusia sepuluh tahun atau lebih telah dipaksa membayar insuran yang lebih mahal. Jawapan: 1. Yang DiPertua = Yang Dipertua memesan = berpesan 2. pasarana = prasarana melengkapi = melengkapkan 3. instituisi = institut mengikut = mengikuti 4. Matan = Mantan bangunkan = membangunkan 5. gua Musang = Gua Musang merbahaya = berbahaya 6. fax = faks Permohon = Permohanan 7. definasi = definisi memberikan = diberikan 8. Febuari = Februari terima = menerima 9. Hajjah = Hajah ternobat = dinobatkan 10. insuran = insurans dipaksa = terpaksa
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 08:10:44 +0000

Trending Topics



-was-abused-by-CAPD-minister-CE-PHE-Have-resigned-from-the-topic-797219770328641">I was abused by CAPD minister: CE PHE ‘Have resigned from the

Recently Viewed Topics




© 2015