RM500 tak cukup! Banting: Tujuh penyamun bertopeng ski bertindak - TopicsExpress



          

RM500 tak cukup! Banting: Tujuh penyamun bertopeng ski bertindak ganas mencederakan seorang pemilik dan pekerja sebuah premis pengurup wang berlesen selepas berang kerana hanya memperoleh RM500 dalam kejadian samun bersenjata di Jalan Bunga Pekan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, pemilik premis yang berusia 43 tahun cedera di jari tangan dan jari kakinya selain pekerjanya yang berusia 27 tahun cedera di muka ditumbuk kumpulan penyamun terbabit. Menurut sumber, kumpulan penyamun yang bertopeng ski itu menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan sebelum mengugut mangsa agar menyerahkan wang yang kepada mereka jika tidak mahu dicederakan. “Mangsa hanya menuruti arahan suspek yang mengacukan parang ke arah mangsa dan pekerjanya sambil mengambil tabung yang menyimpan wang hasil perniagaannya. “Namun, suspek berang apabila mengetahui tabung berkenaan hanya berisi wang tunai berjumlah RM500, kumpulan penyamun terbabit terus mencederakan jari tangan dan kaki mangsa menggunakan parang sebelum melarikan diri,” katanya. Sumber berkata, kumpulan terbabit dipercayai menggunakan dua kereta iaitu Toyota Camry dan Honda Accord. “Hasil semakan nombor pendaftaran kereta Toyota Camry itu mendapati ia didaftarkan sebuah syarikat yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur. “Enggan pulang berputih mata, kumpulan penyamun terbabit tetap melarikan RM500 milik mangsa manakala mangsa dan pekerjanya dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan. “Siasatan masih lagi dijalankan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.HM
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 22:17:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015