ROS Putuskan Star Sabah Tutup Kedai? Difahamkan, Parti - TopicsExpress



          

ROS Putuskan Star Sabah Tutup Kedai? Difahamkan, Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah dijangka akan "tutup kedai" ekoran penolakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pindaan perlembagaan penting untuk parti asal Sarawak itu bolih beroperasi di Sabah. Dikatakan, ROS tidak menerima pindaan dan ekoran itu hanya orang Sarawak yang boleh menjadi anggota dan memegang jawatan dalam Star. Star Sabah harus ditutup, dan semua anggota jawatankuasa, termasuk Pengerusi Star Sabah Dr Jeffrey Kitingan dijangka akan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) yang didaftarkan baru-baru ini, kata Daniel Jambun mantan Timbalan Pengurusi Star Sabah. Daniel Jambun ditanya Malaysiakini berhubung cakap-cakap bahawa Kitingan akan "melompat" selepas mempunyai perbezaan pendapat dengan Presiden Pengasas Star Dr Patau Rubis dalam isu pengeluaran dana parti dalam PRU13 lalu. Menurut sumber, calon-calon Star mendakwa, dalam pilihan raya itu, mereka gagal menerima dana kempen walaupun RM3 juta telah diberikan oleh ibu pejabat parti itu. Beliau tidak berundur dari Star atas sebab itu. Dr Jeffrey tidak lompat dari Star kepada PCS. Dr Jeffery dijangka berpindah kerana Star Sabah akan dibubarkan dan semua anggota jawatankuasa termasuk Dr Jeffrey dijangka akan menyertai PCS, kata Daniel Jambun. Persoalan saya, kira nya Dr Jeffery berhijrah ke parti PCS, mampu kah beliau menarik minat pendokong parti Star Sabah sebanyak lebih 200 ribu yang pernah bersama beliau pada suatu ketika untuk menyertai beliau ? Atau saperti biasa, jawapan selamat nya ada lah, kita kena tunggu dan bersabar melihat perkembangan selanjutnya? Lapuran Berita bergambar selanjutnya...
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 04:42:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015