|| RUKUN-RUKUN KALIMAH SYAHADAH || Rukun kalimah syahadah ada dua - TopicsExpress



          

|| RUKUN-RUKUN KALIMAH SYAHADAH || Rukun kalimah syahadah ada dua (2), iaitu: A. Nafiy (Penafian) • Yakni pada kalimah لَا إِلَهَ (tidak ada Ilāh). • Dengan ini kita menafikan segala bentuk penyembahan kepada mana-mana entiti atau objek yang dianggap sebagi tuhan, dewa, idola, dan sebagainya. B. Itsbāt (Penetapan) • Yakni pada kalimah إِلَّا اللهِ (kecuali Allāh). • Setelah kita benar-benar menafikan atau meniadakan segala macam sembahan atau tuhan yang lain, maka kita menetapkan bahawa hanya Allāh sahajalah Tuhan yang tunggal yang benar-benar berhak untuk diimani, disembah, ditaati, dipuja, dipatuhi, dicintai, ditakuti dan diibadahi (diserahkan segala jiwa raga kepadaNya). Nota: Kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللهِ “Lā ilāha illaLlāh” (tiada Ilāh selain Allāh) juga dikenali sebagai “kalimah thayyibah” (kalimah yang baik) dan pengucapannya juga disebut sebagai “tahlil”. Juga diriwayatkan daripada RasūluLlāh صلى الله عليه وسلم bahawa kalimah tahlil ini adalah sebaik-baik zikir. SILA LIKE: https://facebook/UsrahMiriSarawak
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 13:14:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015