RUMOURS: Pembantu kepada Gerrad Houllier dan Rafael Benitez dalam - TopicsExpress



          

RUMOURS: Pembantu kepada Gerrad Houllier dan Rafael Benitez dalam pasukan Liverpool, Alex Miller dikaitkan sebagai pengganti Dato Rajagopal. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Miller antara beberapa jurulatih asing yang telah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selain bekas jurulatih Singapura, Radojko atau lebih dikenali Raddy. "Miller ada memberitahu hasratnya untuk mencuba nasib menjadi jurulatih Malaysia kerana mahu mendapatkan cabaran baru dan menikmati suasana bola sepak Asia." "Dia telah menghantar segala maklumat mengenai dirinya kepada Datuk Azzudin Ahmad (Setiausaha Agung FAM yang lama) sebelum ini dan masih menunggu jawapan FAM," kata sumber berkenaan. Sementara itu, FAM menafikan Rudi Voller sedang dibincang untuk menjadi jurulatih harimau malaya dan sedia mempertimbangkan permohonan Rudi Voller sekiranya beliau berminat untuk mengisi jawatan ini.
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 06:20:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015