RUMUSAN WACANA ANTARA DR.MUJAHID DAN U.ATIULLAH 1. Dr Mujahid - TopicsExpress



          

RUMUSAN WACANA ANTARA DR.MUJAHID DAN U.ATIULLAH 1. Dr Mujahid mengemukakan idea baru dalam politik PAS. Gembleng semua tenaga kerja sama ada golongan itu disukai atau tidak, semuanya diambil perhatian. Dr Mujahid menjelaskan kekhilafan adalah sesuatu yang biasa dalam Islam. 2. Namun, Ust Atiullah menyedari di tengah-tengah penyertaan semua tenaga ini, ada anasir-anasir yang buruk yang mempunyai unsur-unsur kekufuran seperti Pluralisme, Sekularisme dan Liberalisme. Justeru, Ust Atiullah mengatakan tiada kompromi terhadap kekufuran sbgaimana dilakukan oleh Abu Bakar dan Imam al-Ghazali. 3. Dr Mujahid mengatakan tugasnya menghadapi semua golongan ini termasuk berfikiran songsang. Berhadapan dengan mereka adalah kerja-kerja amal Islami bagi mengaut sokongan. Dr Mujahid mengatakan pembabitannya dengan buku Wacana Pemikiran Reformis adalah suatu penghargaan kepadanya dan PAS bagi menghidupkan budaya kritis dalam masyarakat dan dinamik perjuangan PAS. 4. Ust Atiullah mengatakan bahawa perbincangan dan pertembungan antara adalah arahan wahyu. Perkara yang mesti dan patut dilakukan. Namun, sokongan terhadap kekufuran akan memburukkan nama parti. Ust Atiullah mengingatkan fakta bahawa Institute Renaisance Front mempunyai hubungan dengan gerakan liberalisme dan sekularisme antarabangsa. 5. Fakta-fakta yang disebutkan oleh Ust Atiullah telah berjaya mengendurkan serangan balas Dr Mujahid. Dr Mujahid mengakui kewujudan puak liberal ini. Apa yang dilakukan adalah dengan hasrat baik. Penerimaan PAS dan gerakan Islam sedunia terhadap unsur demokrasi baginya bukanlah liberal tetapi adalah gerakan islah yang dilakukan dengan ijtihad2 ulama terdahulu. Namun, bergerak ke belakang tanpa menggarap idea baru adalah kejumudan. Dr Mujahid mengingatkan karya Oliver Roy yang mengatakan golongan Islmamis telah gagal. 6. Ust Atiullah terus menyatakan contoh-contoh pemikiran pluralisme, sekularisme dan liberalisme yan merosakkan agama. Lalu, Ust Atiullah menyebut bahawa tulisan Oliver Roy tidak berpijak kepada realiti kerana Arab Spring menunjukkan kejatuhan dan kegagalan golongan sekular seperti Husni Mubarak dan Benz Ali. Islamis tidak gagal, malah bangkit dengan serba kekurangan seperti penindasan bertahun-tahun lamanya, penjara dan dibuang negeri. Hakikatnya, idea Oliver Roy merupakan dakyah untuk penyegaran semula idea Sekular. Begitu juga di Tutki. Parti Refah yang Islamis bukan kalah berdepan Parti AKP tetapi kalah dengan kudeta tentera. Ini bermakna, AKP hanyalah kelangsungan sistem Sekular. Ust Atiullah mengingatkan idea post-Islamisme tidak lebih, hanyalah usaha memasukkan unsur sekular dalam gerakan Islam. 7. Wacana membuka ruang kepada orang ramai bertanyakan soalan. Kesempatan ini, setiap ahli panel menjawab persoalan dengan menyimpulkan pandangan. 8. Dr Mujahid mengingatkan tidak sama dengan teori dan praktikal. Praktikal selalu dilakukan tidak sama dengan teori diamalkan. Wacana tersebut amat penting kerana Dr Mujahid dan Ust Atiullah merupakan golongan yang duduk dalam pergerakan politik PAS serba macam yang kadang-kadang tidak difahami oleh orang ramai. 9. Ust Atiullah turut menjawab soalan mengenai post-Islamisme yang menyebut bahawa pengistilahan ini tidak diterima oleh ahli akedemik. Tujuannya hanyalah menghalang syariat Islam dan menegakkan sistem sekularisme. Ust Atiullah mengingatkan agar parti PAS segera merujuk para ulama mengenai isu-isu politik dan kenegaraan agar terselamat dari fitnah pemikiran ini. IDEA DAN PANDANGAN SONGSANG DR.MUJAHID YANG BAHAYA 1. Pandangan Dr Mujahid mengenai isu khilaf terlalu diambil mudah sehingga boleh merosakkan parti. Sepatutnya, Dr Mujahid perlu membezakan antara khilaf yang dibenarkan dan khilaf yang tidak dibenarkan. Isu sekular, liberalisme dan pluralisme bukanlah isu khilaf yg dibenarkan. 2. Dr Mujahid perlu menegaskan kewajiban membasmi kekufuran dan politik songsang dalam gerakan Islam. Bukan membawa masuk unsur-unsur sedemikian dalam parti. 3. Dr Mujahid sepatutnya menolak keterlibatannya dari Institute Renaisance Front sebagai tanda tidak bersetuju dengan idea kufur dalam buku tersebut. Bahkan, Dr Mujahid tidak boleh mengganggap penglibatannya sebagai penghargaan tetapi membuat membuat bantahan tegas kerana IRF melibatkannya dalam penyebaran idea songsang. 4. Dr Mujahid dalam wacana tersebut telah mengakui kewujudan liberal dalam gerakan politik PAS dan berpandangan tidak wajar menggelarkan mereka dengan gelaran reformis dan tidak wajar menilai kedatangan mereka dengan tanggapan baik. Lebih teruk dari itu, Dr Mujahid memperakui idea Oliver Roy yang memperlekehkan golongan yang ingin menegakkan syariat. 5. Sudah tiba masanya Dr Mujahid tidak memandang tinggi pendakyah2 pemikiran semi-Sekular seperti Erdogen dan Rashid Ganaoshi. Dr Mujahid perlu mempunyai keyakinan terhadap keberadaan politik Islam. Abd.Rahman Saadon Peserta Wacana
Posted on: Fri, 15 Nov 2013 19:59:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015