Rabu lepas saya dapat panggilan dari Serendah. Pakcik Rosli - TopicsExpress



          

Rabu lepas saya dapat panggilan dari Serendah. Pakcik Rosli namanya. Umur dah 50 dah. Dia nak bekam, tapi saya kata saya dah buat rawatan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja atas faktor tertentu. Dia pun setuju untuk datang hari Jumaat malam. Ontime pula tu. Janji nak datang 9.15, memang tepat masa betul. Saya diagnos, memang ada banyak masalah. Dia memang admit tak boleh tidur malam, selalu sakit kepala dan pelbagai lagi. Cadangan cup bekam, 10 cup sahaja. Alhamdulillah, lebih dari satu jam saya bekam dia. Banyak perkara yang kami bualkan. Kaki sembang kalau jumpa kaki sembang, memang banyak sembang la jawabnya :) Saya harap dia akan letak gambar kami :D
Posted on: Fri, 06 Sep 2013 17:27:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015