Rafizi berkata jumlah subsidi RM24.8 bilion untuk RON95 dan diesel - TopicsExpress



          

Rafizi berkata jumlah subsidi RM24.8 bilion untuk RON95 dan diesel yang dikatakan ditanggung kerajaan adalah tidak tepat, kerana 41% daripada jumlah tersebut adalah subsidi korporat. "Sejumlah RM10 bilion subsidi setiap tahun adalah subsidi gas dan LPG (gas petroleum cecair) yang ditanggung oleh kerajaan. Ini tidak termasuk anggaran subsidi gas kepada penjana bebas sebanyak sekitar RM8 bilion setiap tahun. Pengumuman kenaikkan harga minyak kepada 20 sen yang diumum Datuk Seri Najib Razak adalah langkah salah, sebaliknya PKR mendesak supaya Putrajaya memotong subsidi korporat terlebih dahulu. "Ini bermakna, subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri dan penjana bebas, dianggarkan sekitar RM13 bilion setiap tahun adalah hampir sama dengan subsidi petrol dan diesel yang diberikan kepada rakyat," katanya. my.news.yahoo/pkr-desak-najib-potong-subsidi-korporat-bukan-naikkan-055930921.html
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 07:13:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015