Ragam Raya | Setiap kali ada yang sukarela menjadi juri berat - TopicsExpress



          

Ragam Raya | Setiap kali ada yang sukarela menjadi juri berat badan dan mengatakan saya gemuk tanpa mengenang saya manusia rendah metabolisme yang sedang menyusukan anak maka saya tiada ruang berdiet sakan semata nak body mantap, bagaimana agaknya sekiranya saya membalas; "Aku gemuk pun lagi cantik daripada kau." Camno? Agak-agak sentap tak? Isu begini, juga isu jodoh ("Bila nak kahwin?"), isu rezeki ("Bila nak dapat anak sendiri?"), isu perancangan keluarga ("Bila nak tambah lagi lapan orang?"), dan 1001 lagi isu sensitif yang kurang sesuai dijadikan rencah perbualan semasa hari keramaian yang sangat terhad waktunya, lebih-lebih lagi kepada insan yang tidak berapa rapat, rasanya sudah boleh dimansuhkan. Daripada bertanya hal tersembunyi dan hal masa hadapan yang kita sendiri tidak tahu apa jadinya seperti isu ajal maut di tangan Tuhan, baik hanya bertanya khabar dan bercerita hal yang menggembirakan. Rasa-rasa apa yang keluar dari mulut kita itu kurang elok, lebih baik diam mengunyah kuih raya. - Anda rasa anda hebat tatkala mencalar emosi orang, namun ketahuilah anda rasa anda hebat hanya kerana orang lain menjaga mulut demi menjaga hati anda. #untunglah ♥
Posted on: Tue, 13 Aug 2013 00:31:22 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015