Ramadhan adalah bulan kemuliaan dan bulan perjuangan. Perjuangan - TopicsExpress



          

Ramadhan adalah bulan kemuliaan dan bulan perjuangan. Perjuangan yang sangat bermakna dalam Islam berlaku dalam bulan ini, iaitu Badar al-Kubra. Ramadhan kali ini menyaksikan para pejuang keadilan membuktikan syahadah yang dilafaznya menghadapi regim yang zalim di Palestin, Syria dan Mesir. Bagi kita di Malaysia, kita juga berjuang, namun dalam konteks yang berbeza. InsyaAllah kita akan terus memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang perihal sebenarnya yang berlaku di Palestin, Syria dan Mesir. Kerana masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar apa sedang berlaku di luar sana.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 17:47:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015