Ramai antara kita yang pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan - TopicsExpress



          

Ramai antara kita yang pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman. Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yang tukang memberi nasihat ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga untuk menyampaikan nasihat yang sama balik kepada kita. Jika anda adalah salah seorang di atas, ini bermaksud kebanyakan nasihat yang datang daripada anda, hanyalah dari mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda masih tidak selari dengan jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dapat membezakan realiti dengan bisikan syaitan. Jangan jadi orang yang pandai menasihat tetapi diri sendiri tidak pernah mengikuti nasihat itui... itu adalah mirip ciri-ciri munafik. Ingatlah pada Allah, sentiasa pastikan minda berada di masa kini, sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja berfaedah untuk dilakukan. Dan Senyum di mana-mana sahaja anda berada. Pandanglah cermin dan senyum pada diri sekali-sekala ketika minda melayang, insha-Allah minda akan kembali ke masa kini.
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 10:41:28 +0000

Trending Topics



This one hit home today: When the concept to be translated
Holiday Deals # Architectural Mailboxes Universal Adapter Plate
Blessed be the Lord, the God of Israel, for he has come to his
Learning english like Learn how to ride a bike we never learn how
TEACHING THE LORD ELIJAH TO THIS WORLD….. ISAIAH. 11:9. THE
no matter how bad your own personnel situation is , some other
Volunteers: We need an extra set of hands for the afternoon shifts

Recently Viewed Topics




© 2015