Ramai orang mempersoalkan kenaikan harga barangan keperluan harian - TopicsExpress



          

Ramai orang mempersoalkan kenaikan harga barangan keperluan harian dan semasa termasuk tambang bas mahupun texi, Apakah kita tidak terfikir bahawa ada kudrat di sebalik cabaran yang berlaku, kerana mungkin memberikan kita amaran supaya kita lebih fokus merancang perbelanjaan kewangan dengan lebih berhati-hati, lebih merancang supaya kita mampu menyimpan duit untuk masa depan keluarga dan di hari tua. Mengurangkan perbelanjaan harian terutama petrol/diesel kenderaan, bergantung kepada bekalan pasaran dan menjaga kesihatan di mana kita boleh tumpang kereta kawan bila pergi kerja dan berkongsi beli minyak petrol/diesel, bercucuk tanam sayuran, buat kolam pemuliharaan ikan tawar dan masin, memelihara binatang ternakan, belajar memasak dan sebagainya. Mungkin kita boleh hantar anak-anak yang masih belum ada kerja untuk menimba pengalaman dalam belajar dalam membuat gula, kopi, mee , garam , ajinomoto, menjahit, asas membina rumah dan banyak lagi supaya kita tak perlu beli barangan yang kita tahu membuatnya. Biarlah kita berkongsi pendapat dalam hal ini untuk menambah baik perancangan kehidupan pelapis kita di masa akan datang supaya tidak menghadapi masalah seperti yang mungkin kita hadapi sekarang ini. Sekian untuk sarapan minda hari ini. Terima Kasih.
Posted on: Wed, 24 Jul 2013 01:43:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015