Ramalan Tentang Imam Mahdi dan Pertempuran Besar di Syria oleh - TopicsExpress



          

Ramalan Tentang Imam Mahdi dan Pertempuran Besar di Syria oleh after dark RAMALAN TENTANG IMAM MAHADI DAN PERTEMPURAN BESAR DI SYRIA(NOTA: ARTIKEL BERIKUT AKAN MENDEDAHKAN KEPADA ANDA TENTANG APA YANG TELAH DITEMUI OLEH GOLONGAN ANTI-ILLUMINATI BERDASARKAN RUJUKAN SILANG TERHADAP SEMUA RAMALAN YANG SEDIA ADA, SAMA ADA DARI SUMBER UMAT ISLAM DAN KRISTIAN) Pada bulan April tahun ini, pemerhati Illuminati di seluruh dunia terpinga-pinga dengan berita bahawa kunci dari abad ke-12 telah dilelong oleh Sotheby pada harga 9.2 juta pound sterling (RM60 juta). Kononnya, kunci ini adalah Kunci Kaabah yang telah dicuri walaupun pada hakikatnya tiada siapa pun yang dapat mengesahkan sama ada terdapat kes kecurian kunci Kaabah sebelum ini. Percaya atau tidak, tetapi timbulnya spekulasi bahawa kunci itu adalah petunjuk seterusnya mengenai lokasi tersembunyi relik Salib Asli di Syria. Ada antara kita yang bahkan menggelar ia "Kunci Saladdin".Golongan Illuminati dan anti-Illuminati percaya bahawa Sejarah akan berulang lagi dan Perang Besar Salib akan berlaku lagi untuk kali keempat dan terakhirnya di Syria. Golongan Illuminati yang berketurunan dari Kesateria Templar akan melancarkan balas dendam terhadap umat Islam. Golongan Illuminati mempunyai sifat lucu apabila berkaitan dengan nombor (sindiran disengajakan) akan melancarkan perang ini pada abad ke-21 untuk mengenang perkara yang sama berlaku pada abad ke-12 (anda perasan apa-apa yang pelik dengan nombor tersebut di sini?).Pada bulan April 2003, semasa Amerika Syarikat berada di tengah-tengah Perang Teluk Parsi, seorang penulis Amerika menulis sebuah buku yang akhirnya menjadi jualan terlaris New York Times "Beyond Iraq: The Next Move”. Dalam buku itu, Michael D. Evans mendakwa bahawa senjata pemusnah besar-besaran berada di Syria. Beliau seterusnya menuduh Saddam Hussien memindahkan Senjata Pemusnah Besar-besaran dan dana-dana ke Syria untuk menyalurkannya keluar dari Iraq. Dalam masa terdekat, tuduhan sebegitu akan menjadi sebahagian daripada sebab-sebab rasmi untuk melancarkan perang terhadap Syria. Sebab utama itu adalah perkembangan peristiwa yang akan dijadikan sebagai alasan untuk melancarkan perang. Persediaan untuk perang telah pun berlaku apabila Laksamana Millen membuat lawatan berpandu yang jarang berlaku di sempadan Syria pada 28 Jun. Ada sesetengah pihak berspekulasi ia sebagai persediaan serangan pada masa akan datang.Di kalangan anti-Illuminati, secara meluas dipercayai bahawa matlamat utama serangan itu adalah untuk merampas relik Salib Asli. Legenda menyatakan bahawa Lucifer dan Molokh sendiri telah mengarahkan Perintah Teringgi Illuminati untuk menyatukan kembali ketiga-tiga relik yang dipercayai akan mengembalikan kekebalan tentera semasa perang besar yang seterusnya terhadap umat Islam.Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan banyak ramalan yang menceritakan mengenai Perang Besar, telah pun diketahui bahawa Syria adalah tempat yang perlu dielakkan dalam apa cara sekalipun (melainkan jika anda ingin menjadi syahid). Syria sebagai tempat berlakunya pertumpahan darah sudah tidak dipertikaikan dalam kalangan pemerhati anti-Illuminati Yahudi, Kristian dan Islam.Dalam Al kitab Yahudi, Dajal disebut sebagai dua tanduk kecil. Dalam Daniel 7:8, anti-Christ yang sebut itu dikatakan akan muncul dalam Kerajaan ke 4 Empayar Rom. Dalam Daniel 8, anti-Christ dikatakan datang daripada salah satu daripada empat komponen Empayar Yunani yang selamat bertahan berikutan kematian Alexander. Ini biasanya dianggap sebagai Kerajaan Selucid pada masa dahulu di Syria hari ini.Hazrat Ummu Salmah (R.A.) pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa akan datang satu masa apabila seorang warganegara Madinah akan melarikan diri daripada Madinah dan pergi ke Mekah untuk mendekati Imam Mahadi di antara Hajrul Aswad dan Makam Ibrahim, dan dengan bersungguh-bersungguh bersumpah ikrar kesetiaan mereka kepadanya. Apabila mendengarkan perkara ini, musuh-musuh Islam akan datang dari Syria dalam angkatan tentera yang besar untuk menyerang Mahadi tetapi apabila mereka akan tiba di Baida, yang terletak di antara Mekah dan Madinah, mereka akan ditelan ke dalam tanah oleh gempa bumi.Dalam satu lagi ramalan berdasarkan Hadith, tempoh kesedihan yang panjang akan menimpa ke atas umat Islam yang akan berada di bawah penganiayaan dan penindasan yang dahsyat daripada pemimpin zalim pada masa itu yang akan memerintah Syria. Penzalim dari tengah-tengah Damsyik, Syria dikenali sebagai Sufyaani (dari keluarga Abu Sufyan) akan memulakan kempen pertumpahan darah dan pembunuhan yang dahsyat, dan tidak ada kaum atau masyarakat akan dibiarkan selamat. Malah, wanita dan kanak-kanak akan disembelih tanpa belas kasihan. Perlu ditekankan di sini bahawa tempat asal berlakunya pertumpahan darah ini adalah di Damsyik, Syria di tempat kali terakhir Salib Asli dilihat sebelum ia hilang pada abad ke-12. Menurut beberapa pemerhati anti-Illuminati, ini menepati profil pertumpahan darah yang telah mengekori Lembing Takdir sejak zaman berzaman. Oleh itu, adalah dipercayai secara meluas bahawa kesemua relik-relik ini akan bersatu semula di Syria untuk melepaskan Perang Besar yang akan datang.Mengenai relik Salib Asli, kebanyakan pembaca Islam saya mungkin pernah mendengar Hadis berikut seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah:- “"Demi Allah, sungguh putra Maryam benar-benar akan turun sebagai hakim, lalu mematahkan salib, membunuh babi, menghapus jizyah, dan harta melimpah ruah hingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya."Terdapat banyak perbincangan dalam usaha untuk memahami apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan nabi Isa "mematahkan salib". Saya tidak akan mengulas mengenai orang lain yang telah membuat tafsiran mereka sendiri, kerana semua orang berhak mempunyai pendapat sendiri. Saya hanya menawarkan tafsiran alternatif di sini, bahawa jika hadis ini ditafsirkan secara zahir, adalah berkemungkinan bahawa "salib" dalam hadis ini merujuk kepada relik Salib Asli yang telah digunakan oleh Lucifer&Co untuk menyesatkan orang Kristian selama berabad-abad. Satu boleh membayangkan betapa berangnya putra Siti Maryam itu apabila melihat relik yang sebahagiannya telah bertanggungjawab terhadap bidaah untuk beribu-ribu tahun lamanya. Saya tidak fikir sesiapapun boleh menyalahkan baginda untuk mematahkan dan memusnahkan salib itu sebaik sahaja salib itu berada di tangan baginda.Ada satu lagi hadis yang di dalamnya ada menyebut tentang Salib itu seperti berikut. Walau bagaimanapun, sama ada benar atau tidak rujukan terhadap Salib itu sebagai relik Salib Asli terus kekal sebagai kemungkinan terbuka: -"kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum (Kristian) dalam keadaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera Kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera , di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera"- Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA.Hadis ini di sini memberitahu kita bahawa umat Islam dan Kristian akan membentuk pakatan untuk melawan musuh yang sama. Dalam dunia yang pemerhati, tidak syak lagi bahawa musuh bersama di sini merujuk kepada tentera bidaah yang dibentuk oleh Lucifer/Illuminati. Perikatan antara umat Islam dan Kristian sebenarnya sudah wujud pada hari ini walaupun sangat rapuh. Dalam dunia gerakan bawah tanah, perang menentang Illuminati kini diperjuangkan oleh operatif dari kedua-dua pihak umat Islam dan penganut Katolik dalam usaha mereka untuk membatalkan atau menangguhkan misi kiamat dijalankan oleh Illuminati. Oleh itu, adalah sangat tidak selesa untuk membayangkan bahawa satu hari nanti keturunan kita mungkin perlu mengambil bahagian dalam Perang Besar yang akan menentang satu sama lain.Ia meramalkan bahawa perang yang dilancarkan oleh pakatan umat Islam/Kristian terhadap Illuminati akan didorong oleh setiap agama lain. Umat Islam melancarkan perang sebagai penentangan terhadap penindasan berabad lamanya. Orang-orang Kristian pula melancarkan peperangan mereka terhadap orang-orang akhirnya mereka lihat sebagai golongan bidaah yang memiliki peninggalan suci. Apabila perang hampir dimenangi, orang-orang Kristian akan mencari dan menemui relik Salib Asli. Oleh itu, apabila memenangi perang, seorang askar akan menjulang relik tersebut dan mendakwa kemenangan itu adalah kerana campur tangan kudus daripada relik itu sendiri. Ini akan menimbulkan kemarahan orang-orang Islam yang telah berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam peperangan. Cerita yang seterusnya adalah seperti yang telah diceritakan dalam hadis. KEDATANGAN 2013... Tujuan artikel bukanlah untuk mempengaruhi pentafsiran anda terhadap hadis yang disebutkan di sini. Beberapa ulama Islam dengan kelayakan yang lebih baik juga telah menterjemahkan hadis ini. Tujuan artikel ini adalah semata-mata untuk memaklumkan kepada anda bahawa orang lain juga mempunyai tafsiran mereka sendiri terhadap ramalan ini dan mungkin berbaloi untuk dipelajari bagaimana pemerhati anti-Illuminati mentafsir ramalan itu.Tujuan mengkaji ramalan dan sejarah di sebaliknya adalah untuk menganggarkan berapa banyak masa yang kita ada sebelum Illuminati melaksanakan pelan tindakan mereka yang seterusnya. Golongan Illuminati dan Anti-Illuminati semuanya menggunakan ramalan sebagai pengira masa. Apabila ramalan ini menjadi nyata atau dipenuhi sendiri, pihak Illuminati akan bekerja lebih keras untuk mempercepatkan berlakunya Perang Besar, manakala golongan anti-Illuminati di sisi yang lain pula akan melakukan apa yang terdaya untuk melambatkan nya. Walau bagaimanapun berdasarkan apa yang berlaku di seluruh dunia hari ini, seolah-olah pihak Illuminati dapat melaksanakan rancangan mereka dengan jayanya setiap kali.Bagaimana ramalan ini akan berkaitan dengan negara kita sendiri masih menjadi tekaan pada masa ini. Tetapi semua projek Illuminati akhirnya akan seragamkan di seluruh dunia untuk berkhidmat kepada matlamat akhir. Mengenali Illuminati dan obsesi mereka terhadap nombor-nombor tertentu seperti 11, 13 dan 33, tahun 2013 yang akan datang akan mempunyai risiko ketara menjadi acara utama bagi Illuminati.Tidak ramai antara kita yang menyedari bahawa tahun 2013 bakal menjadi begitu penting. Negara kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013 yang mana ramalan RAHMAN tidak lagi membayangkan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri seterusnya. Pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 akan menandakan berakhirnya ramalan itu. Jadi mengapa tiada lagi huruf selepas "N" dalam ramalan itu? Apa yang akan berlaku selepas "N"? Sesetengah meramalkan bahawa kerajaan tidak akan wujud lagi pada tahun 2013 selepas Perang Besar. Yang lainnya pula percaya bahawa huruf itu N menunjukkan Perdana Menteri Islam terakhir untuk negara ini. Di Amerika Syarikat, salah satu taklimat yang dihadiri oleh Naib presiden terpilih Joe Biden selepas Obama dipilih sebagai Presiden adalah ringkasan oleh "Suruhanjaya Bipartisan Mengenai Pencegahan Pengawalan Senjata WMD dan Keganasan" yang diketuai oleh ahli Illuminati, bekas Senator Florida, Bob Graham dan dari Missouri, Jim Talent meramalkan bahawa Amerika Syarikat akan menjadi serangan oleh Al-Qaeda dengan senjata nuklear atau lebih cenderung kepada senjata biologi sebelum 2013. Ini sendiri adalah petunjuk jelas bahawa pihak Illuminati sedang melakukan persediaan untuk melepaskan Perang Besar terakhir terhadap umat Islam.Satu lagi petunjuk daripada Illuminati adalah melalui ahli Illumininati kanan, John McCain apabila dia secara terbuka menggunakan "2013" sebagai teras kempen presidennya sebelum ini. Dalam iklan presiden yang terkenal bertajuk "2013", ahli Illuminati kanan itu membuat kenyataan bahawa perang di Iraq boleh dimenangi pada tahun 2013 dan pencapaian penting dalam Keselamatan Negara akan dapat dicapai. Ham.. Saya rasa ini mungkin bererti bahawa mereka akan selesai mengerjakan Iraq pada tahun 2013 dan dengan itu bersedia untuk menyerang negara-negara Timur Tengah seterusnya seperti Syria atau Iran atau kedua-duanya secara serentak.Untuk mengelakkan risiko pengunjung kebosanan di laman web saya, saya tidak akan mengeluarkan lagi sebarang maklumat yang telah dikumpulkan oleh Anti-Illuminati mengenai apa yang akan berlaku pada tahun 2013. Cukup untuk mengatakan bahawa kita semua mempunyai akal untuk melakukan penyelidikan yang sama ada atau tidak ada memanfaatkan ramalan di atas. Maklumat ini tersedia, sebegitu banyak dan telanjang di depan mata kita sendiri.Malangnya kebanyakan daripada kita biasanya lebih suka untuk membaca tentang kejadian terbaru dalam dunia hiburan atau sampah internet lain dan bukannya memperkayakan diri dengan maklumat berpotensi yang boleh menyelamatkan nyawa kita.Pendapat saya pula, lebih baik menjadi paranoid daripada menjadi terlambat. Nota-nota: Ada sesetengah berpendapat bahawa relik masih belum ditemui adalah relik Salib Asli. Ini adalah pendapat ramai rakan koresponden saya selama ini. Saya menulis artikel di atas berdasarkan maklumat yang telah mereka e-mel kepada saya selama ini. Saya pula mempunyai pandangan peribadi yang berbeza. Saya berpendapat bahawa relik yang hilang itu bukan Salib Asli. Selepas membaca Buku Kod Illuminati yang hangat dijual "H. ... P..... and the Deathly Hallows", Saya percaya penulis di arahkan untuk menyebarkan kod tersembunyi bahawa Illuminati sebenarnya sedang mencari Lembing Takdir (yang diberi nama "the elder wand" dalam buku itu).Saya ingin menambah bahawa koresponden saya dalam dunia anti-Illuminati terdiri daripada orang Islam dan juga daripada agama lain termasuk mereka yang mendakwa menulis di internet untuk Gereja Katolik. Jadi saya harap ramai pembaca Kristian saya tidak akan tersinggung dengan artikel ini. Saya tidak cuba untuk menghasut kebencian terhadap Kristian di sini. Tidak ada golongan Islam mahupun Kristian berhasrat untuk melihat ramalan ini menjadi kenyataan dalam tempoh hayat mereka sendiri. Jadi, saya mengatakan bahawa kita mesti melakukan yang terbaik untuk membatalkan atau menangguhkan ramalan ini. Dengan cuba untuk membatalkan atau melambatkan ramalan itu tidak bermakna bahawa kita berusaha menentang kehendak Allah atau pesanan nabi kita. Ramalan itu sendiri tidak pernah menyatakan secara khusus bilakah perang besar itu akan berlaku. Oleh itu, saya melihat tidak ada salahnya kita bertindak bersama menentang hasrat Illuminati dan tuan mereka Lucifer. Sebagai hamba Allah yang baik adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berharap dan melakukan yang terbaik untuk umat manusia dan anak-anak kita. Malah dalam sebenar Qada & Qadar Islam prinsip mengajar supaya kita tidak hanya berpeluk tubuh dan menonton dosa serta bencana berlaku tanpa cuba yang terbaik untuk menghentikannya terlebih dahulu.
Posted on: Tue, 25 Jun 2013 05:46:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015