Razman berazam jadikan PAS Perak lebih cemerlang DEC 02, 2013 - TopicsExpress



          

Razman berazam jadikan PAS Perak lebih cemerlang DEC 02, 2013 MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak yang baru, Razman Zakaria (gambar) menganggap jawatan yang baru diamanahkan oleh Presiden PAS, Datuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada beliau itu adalah satu tanggungjawab yang besar. Menurutnya, jawatan tersebut bertanggungjawab mengawal selia seluruh aktiviti serta program bagi mencapai matlamat merealiasasikan dasar dan objektif parti. Dalam situasi masyarakat hari ini yang perlagai latar belakang akademik, ekonomi dan sosial memerlukan kesenian memimpin yang tinggi bagi menyatukan pemikiran ditambah lagi situasi politik dan zaman media baru yang juga menjadi satu cabaran yang besar. Oleh itu, memikul tanggungjawab sebagai pesuruhjaya ini amat besar dan tidak mungkin dapat disempurnakan tanpa sokongan dan kefahaman daripada semua peringkat ahli jamaah dan masyarakat, katanya kepada Harakahdaily hari ini. Walaubagaimanapun, Razman menghormati dan mengucapkan terima kasih kepada pimpinan tertinggi yang memberikan kepercayaan kepada beliau memimpin PAS di peringkat negeri Perak. Razman berkata, beliau akan meneruskan gerak kerja kepimpinan sebelum ini yang diterajui oleh Ustaz Abu Bakar serta berazam untuk berusaha membawa PAS Perak ke arah lebih cemerlang. Terima kasih kepada seluruh rakan pimpinan terutama Ustaz Abu Bakar Hussien yang telah memimpin PAS Perak dengan amat cemerlang pada sesi yang lalu. Pelantikan saya ini adalah sebagai menyambung mata rantai perjuangan kepimpinan sebelum ini, jelasnya lagi. Razman sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat. Beliau turut aktif dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu sebagai Pegerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) yang komited memperjuangkan nasib peneroka di seluruh negara.
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 14:31:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015