RePost [Sosialisasi dan Tali Kebergantungan] Hidup - TopicsExpress



          

RePost [Sosialisasi dan Tali Kebergantungan] Hidup tanpa tujuan adalah kehidupan yang menyeksakan, ia kelihatan sasau, tanpa arah tuju. Sebab itu adanya hikmah diciptakan seseorang manusia itu adanya kebergantungan terhadap entiti lain yang wujud di alam dunia. Kebergantungan ini boleh dilihat dengan adanya tali-tali yang menghubungkan manusia-manusia dengan manusia, dengan alam, dengan pemikiran. Tali kebergantungan paling asas adalah ikatan Anak bersama ibu dan bapanya. Kemudian seseorang itu membesar dan semakin banyak ia mengenali dunia, semakin banyak ia mengenali tali-tali yang menghubungkannya dengan perkara yang lain. Ditanya Aisyah Radiallahuanha apakah akhlak Nabi SAW, lalu dijawabnya akhlaknya adalah al-Quran. Begitu juga mafhum sabda Nabi SAW sendiri yang menyatakan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Oleh itu kebergantungan manusia dengan perkara-perkara lain yang ada di alam dunia ini mestilah dijambatankan dengan tujuan asal penghidupan manusia itu sendiri di dunia ini iaitu untuk mengakhlakkan manusia. Jika kita menelusuri sejarah, bangsa-bangsa yang tidak berakhlak itu telah dihancurkan Tuhan kerana sosialisasi (kehidupan yang memerlukan kebergantungan manusia dengan perkara-perkara lain) telah sirna dan punah, dan juga tidak memnyumbangkan kepada proses penghidupan yang jitu dalam pembentukan nilai seorang manusia. Sosialisasi adalah perkara utama dalam pembentukan yang membawa kepada bagaimana manusia itu akan bertindak samada dari segi fizikal, kognitif, emosi, spiritual sehingga ia mencapai tahgap berakhlak. Contoh-contoh yang boleh diberikan adalah insan yang berkahlak, kelakuannya sopan dan santun, akalnya sihat dalam berfikir, berfikir untuk menyumbangkan kepada manusia lain selain dirinya sendiri. Emosinya berjaya dikawal dan digunakan untuk perkara yang betul. Stephen R Covey, tokoh pembangunan manusia dari Amerika yang terkenal dengan 7 Habits of Highly Effective People, juga akhirnya memperkenalkan habit yang ke-8 the 8th Habit: From Effective to Greatness. Buku ini yang diterbitkan pada tahun 2004 menyambung sedikit idea bagaimana untuk menjadi individu yang berkesan terhadap diri sendiri, beberapa cara yang perlu dielakkan untuk menjadi individu yang baik. Seterusnya beliau mengajak supaya kebaikan yang dimiliki oleh seseorang individu itu mestilah dikongsi sehinggalah orang lain terinspirasi sehingga mereka dapat berdikari mencari kecemerlangan mereka sendiri. Ini selari dengan konsep yang diajarkan Nabi SAW supaya kita mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita, ia boleh jadi ahli keluarga kita, jiran kita, masyarakat lokaliti sebelah, negara jiran malah sehingga seluruhnya manusia yang ada di dunia. Oleh itu, tali kebergantungan yang wujud disekeliling manusia mestilah ditanggapi secara benar supaya ia dapat membantu manusia mengambil manfaat dengan harapan kebaikan yang ada padanya dapat disosialisasikan kepada manusia kebanyakan. Jam 0446, 20131024
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 07:20:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015