Real tetap gagah tanpa Ronaldo Madrid: Malang menimpa Cristiano - TopicsExpress



          

Real tetap gagah tanpa Ronaldo Madrid: Malang menimpa Cristiano Ronaldo yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan selepas menjaringkan gol pertama manakala seorang lagi penyerang bintang Gareth Bale turut mencipta nama sebagai penjaring ketika Real Madrid menang besar 5-0 ke atas Almeria untuk kekal enam mata di belakang Barcelona di tangga teratas La Liga. Barcelona pula langsung tidak tergugat meskipun tanpa Lionel Messi yang mengalami kecederaan apabila membenam Granada 4-0 di Nou Camp manakala Atletico Madrid kekal di tangga kedua selepas membelasah Getafe 7-0. Ronaldo hanya memerlukan kurang tiga minit untuk menjaringkan gol ke-14 dalam tujuh perlawanan bersama kelab dan negaranya apabila menolak masuk bola hantaran lintang Isco bagi jaringan pendahuluan Madrid. Bagaimanapun dia terpaksa digantikan dengan Jose Rodriguez enam minit selepas babak kedua. Meskipun kehilangan tonggak utama, Madrid terus Benzema meletakkan mereka dalam kedudukan selamat sebelum Bale, Isco dan Alvaro Morata melengkapkan kemenangan bergaya itu. Jurulatih Madrid Carlo Ancelotti yakin Ronaldo tidak memerlukan masa terlalu lama untuk kembali sembuh daripada kecederaan itu. “Saya tidak fikir ia serius kerana dia tidak sakit. Ia cuma ketegangan otot jadi saya berharap dia akan kembali pulih. Dia akan menjalani ujian esok (hari ini) namun kami yakin dia tidak mengalami kecederaan serius.” Pada perlawanan awal, Barca mengekalkan rekod bersih 100 peratus di laman sendiri musim ini dengan kemenangan 4-0 ke atas Granada yang beraksi dengan 10 pemain. Sepakan penalti pada babak pertama oleh Andres Iniesta dan Cesc Fabregas meletakkan kelab Catalunya itu dalam keadaan selesa sebelum rehat. Alexis Sanchez menyumbat gol ketiga selepas mendapat hantaran Neymar sebelum Pedro Rodriguez menjaringkan gol keempat pada masa minit akhir.- AFP
Posted on: Mon, 25 Nov 2013 08:08:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015