Rebut peluang, baki 10 Terakhir. >(1) “Rasa malas dan sukar - TopicsExpress



          

Rebut peluang, baki 10 Terakhir. >(1) “Rasa malas dan sukar sangat nak buat amal. Nak rebut peluang tawaran ganjaran 10 malam terakhir ini. Aku sudah tahu dan sudah sering sentiasa orang peringatkan. Aku sendiri juga dari kalangan pelajar agama”< 1. Sebab jahil dan dosa yang masih menjadi rutin hidup kita, kita perlu muhasabah dan selidik kerja masa hari-hari kita. Dari dosa samaada yang secara zahir dan batin. Yang sedang tergantung, bertangguh dan belum tertunai, dengan ibu bapa, teman dan sesiapapun. 2. Sebab sifat remeh dan sambil lewa dengan amal wajib lain. Terutama solat. Melewatkan, sudah biasa dengan qadha solat. Dosa-dosa besar yang masih berjalan. 3. Sebab asyik dengan hiburan dunia memanjang, tv, lagu, fb, chat, cerita, bergelak ketawa, remeh hal benar, dan bermacam-macam lagi seumpamanya. 4. Demikian, hal-hal inilah yang telah mengekang dan mengawal kita. Memalaskan dan membutakan kita. Seolah menghijabkan kita. Mata hati kita telah diseliputi karat yang tebal. Bila lemah dan masih kotor hati kita, maka segala dosa dan kejahatan-kejahatan lain akan sentiasa memburu dan mengikuti kita. Ingin menarik dan senang menghampiri kita. Demikian bila kita kuat, maka sebaliknya pula akan berlaku, iaitu kebaikan yang akan mengekang dan ia dinampak mudah dan ringan. Sedang kejahatan pula sukar dan amat payah menghasut kita. Bila kita masih dalam berdosa, dalam kelalaian lain, maka kita rasa berat, malas dan tak sanggup berusaha untuk kebaikan lain. Dan bila kita sudah dalam kebenaran, sentiasa dengan kebaikan, maka kita rasa sukar, lemah dan tak mengharap berusaha untuk kejahatan dan apa-apa yang melekakan, sering selalu rasa bersalah. 5. Sedang malam al-qadr itu menjanjikan jaminan yang cukup besar dari Allah. Ganjaran yang berganda-ganda. Dosa kita yang lalu hendak dibersihkan. Amal malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan, iaitu lebih baik dari 83 tahun, 4 bulan kita buat amal. Hidup kita belum tentu sampai bila, bagaimana keadaan kita selepas ini. Ini hadiah untuk kita semua. >(1) Rasa tak perlu paksa diri dan rebut. (2) Ia juga hanya sunat. (3) Tak ada nikmat buat ibadat, rasa macam seksa diri. (4) Lain waktu boleh amal amalan lain. Tak terkesan dan ambil endah lansung< 1. Paksalah diri untuk permulaan ini. Perlu diusaha melakukannya. Jika tidak diramadhan ini, maka bila lagi kita nak bangun berqiamullail. Bulan lain sudah tentu akan lagi sibuk dan malas. Kerana ia tidak seperti ramadhan, janji kelebihan yang besar. Suasana yang berlainan, nafsu sudah berkeliaran. Ada tempat yang berlumba-lumba untuk meraihnya, suasana masjid bising dengan tangisan-tangisan taubat penyesalan. Sedang hati kita masih lagi gersang, jangan biarkan ia terus gersang. Inilah masanya. 2. Amal-amal kebaikan kita yang lain, ia menghapus dosa-dosa kita yang lain. Amal-amal sunat kita, ia menampung keaiban yang wajib. Kita semua akui, banyak kelekaan kita pada perkara wajib. Tunai dengan sambil lewa, melambatkan, gaduh, dan bermacam kekurangan. Begitu jaga banyak dosa-dosa kita yang terlepas pandang dalam kehidupan seharian. Demikian yang sunat ini menampung segalanya. Dunia ini tempat kita beramal dan akhirat tempat dibalas amal. Sabda Nabi saw: إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمُ الصَّلاَةُ قَالَ يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلاَئِكَتِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ انْظُرُوا فِى صَلاَةِ عَبْدِى أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِى مِنْ تَطَوُّعٍ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ أَتِمُّوا لِعَبْدِى فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ ثُمَّ تُؤْخَذُ الأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَىْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِى مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ Amalan yang pertama akan dihisab diakhirat nanti ialah berkenaaan dengan solat, lalu Allah swt menyuruh malaikat memeriksa setiap solat hambanya, sudah sempurna atau masih ada kekurangan. Jika sempurna, maka catitlah sempurna. Dan jika tak sempurna, maka lihatlah adakah ada padanya amal sunat. Jika ada, maka sempurnakan untuk yang fardhu tadi dari sunatnya. (Hr Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani) Dalam riwayat lain pula dinyatakan: “Yang pertama dihisab dari hamba dihari kiamat dari amalnya ialah solat. Jika baik, maka dia telah berjaya, lulus. Dan jika rosak, maka dia telah gagal, rugi. Jika ada sesuatu yang kurang dari solatnya, lihatlah adakah ada padanya amal sunat, maka disempurnakan apa yang kurang dari solat tadi”. (Hr at-Tirmidzi, hasan) 3. Nikmat dengan hal maksiat, maka tiada nikmat dalam ibadat. InsyaAllah, jika kita dapat tinggal segala maksiat, maka hadir nikmat dalam beribadat. Rasa manisnya, gembira, tenang, dan semakin semangat ingin untuk buat ibadat. Tak dapat rasa nikmat sebab maksiat, kotoran pada bekas hati, minuman, makanan kita itu, walau air, makanan mahal dan sedap sekali manapun. Tukar rasa nikmat itu. Memang perlu melalui prosesnya, kesungguhan yang kuat dan keuntungannya besar. Kebahagiaan dunia dan akhirat. Yang ingin bersih, dia tak akan selesa dan manfaatkan jika suatu itu bercampur dengan yang kotor. Tapi yang sudah ingin kotor, dia tak akan berkesan jika bercampurnya dengan yang bersih. Asal tercapai hasyratnya. 4. Fikir tangguh dan masa lagi panjang. Tiada lain, ingat dan renung tentang kematian. Mati, bukti dan pengajaran segala-segalanya. Ingat jua masa kita, bila sakit, susah, ditimpa banyak musibah dan ujian yang besar. Semuanya bergantung dan ada kaitan dengan penyerahan doa, ibadat kita kepada Allah. Akan datang bagaimana kehidupan kita belum tentu halnya. Muda, sihat dan senang tidak kekal. Ini tarbiyyah dari Allah. Rasa tak perlu ambil tahu sedikitpun, marilah kita berusaha bersih sedikit demi sedikit karat tersebut. >(1) “Aku memang lemah hanya dalam hal kebaikan ini. Sedang orang lain sedang berkejar-kejaran dan berlumba-berlumba merebutnya. Hati aku masih keras”< 1. Buang ungkapan itu, dan cuba berusaha. Kita mohon ditetapkan hati-hati kita, diampunkan dosa dan terus diberi kekuatan. Ingat kebenaran azab dan nikmat kelak. Fikir Allah masih bagi ruang pada kita, walau memang amat keji perbuatan kita dahulu. Masih beri nikmat dapat rasa gembira suka, kesihatan dan umur kehidupan umur ini. Aib dan imej kita masih terjaga dan masih dapat memperbaikinya. Dan segalanya yang terjadi dalam hidup kita. Dan ingat, bagi Allah mudah dan berkuasa mengubah segalanya. Demikian hati perlu berusaha melazimi hal-hal sunat, agar sentiasa lembut mendengar perintah Allah. 2. Kita berserah pada Allah dan kita kena berusaha. Kadang mari fikir rasa tak mampu juga kawal nafsu lepas ramadhan nanti, sama juga aku lepas ramadhan nanti. Marilah kita buang anggapan itu, tak payah fikir. Rancang hal-hal yang dapat mengelak dari dosa kelak. Rancang kesukaan yang halal. Pohon pada Allah, kurniakan dan mudahkan dengan jalan yang halal. InsyaAllah, sama kita berusaha. الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَاغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِواكَ “Ya Allah, cukupkanlah aku ini dengan yang halal-Mu daripada memerlukan yang haram-Mu. Dan kayakanlah aku ini dengan kurniaan-Mu daripada bergantung selain daripada-Mu”. (Hr at-Tirmidzi) اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ, وَالأَعْمَالِ, وَالأَهْوَاءِ, وَالأَدْوَاءِ “Ya Allah, jauhkanlah aku dari kemungkaran akhlak, (keburukan) amal perbuatan, (kejahatan) hawa nafsu, dan penyakit”. (Hr at-Tirmidzi, sahih) >(1) Di Yaman, Sana’a. Tangisan 10 terakhir dan pesta ibadat. (2) Tak rasa nak menangis< 1. Suasana yang amat memberi kesan. Remaja, pemuda, dan golongan tua berlumba memenuhi masjid. Dengan kerusi roda dan bertongkat, ada yang memanfatakan peluang untuk i’tikaf sepanjang sepuluh terakhir. Dan juga peluang lailatul Qadr. Benar, corong-corong masjid sentiasa kedengaran tangisan suara mereka. Dikiri kanan asyik suara tangisan, saat tiba ayat-ayat ancaman, peringatan dan jaminan ganjaran. Suara-suara seolah serentak berkata, ya Allah, ya Allah, ya Allah dalam keadaan menangis... Hati mana tak terkesan dan merasainya. Masa bacaan yang begitu panjang terus diharapkan dan tiada dikeluhkan, merenungi ayat-ayat, mengenangi dosa-dosa hidup yang banyak. Doa-doa membakar tipudaya dunia, menuntut pengorbanan hidup. Walau saya tak mampu memahami selengkapnya, namun ayat-ayat yang dibacakan seolah menyebabkan hati terpukau dengan merasa amat kerdil dan hinanya diri, hati terus mengharap, air mata menghilangkan segala kesombongan. Hanya doa terus-terus diulangkan. Ya Allah.. Ampunkan dosa kami semua. 2. Hiburan dunia yang sentiasa padat dan menyeronokkan kita. Dan tidak dapat memahami maksud ayat dan doa. Ini semua perlu kita usaha baca, hafal ayat, doa dan ingat sekali terjemahannya. >(1) Ramadhan, ketika dan selepasnya. Menguji Keimanan. Menilai Keikhlasan. Melihat Ketaqwaan. Membentuk Perubahan. (2) Kenapa kita tidak buat< 1. Ramadhan, ketika dan selepasnya. Menguji keimanan kita, adakah sanggup kita tahan lapar dahaga, dan syahwat kerana Allah. Menghindari segala yang telah dilarang sebelum ramadhan hinggalah selepas ramadhan. Menilai keikhklasan kita, jika kita benar-benar ikhlas, maka kita akan jaga segala perkara yang diperintahkan ketika puasa. Menghindarkan segala yang megsia-siakan puasa dan mengejar fadhilat ganjaran yang dijanjikan. Dan terus sanggup bila selesai ramadhan. Melihat ketaqwaan kita, sebelum ramadhan dan ketika dan selepasnya. Tumbuh atau layu sifat-sifat taqwa kita. Segalanya jika benar ditaat, hasil yang cukup berbeza dapat kita rasa. 2. Hadiah dari Allah, kenapa kita tidak ambil. Keampunan, ganjaran dan doa. Ini hanya diramadhan. Semua kelak, mudahan semua kita jadi orang bertaqwa. Tujuan yang sama. Pangkat yang paling bernilai dan mulia disisi Allah. Akhirnya, malam al-Qadr, andai sudah berlalu. Namun kelebihan bangun solat malam ini, adalah amat besar. Dan kelebihan baki diramadhan lagi ini. Sama-sama terus kuat bersungguh hingga ke akhirnya. “Kata Aisyah ra: Adalah Baginda Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada sepuluh akhir, kadar yang Baginda tidak bersungguh-sungguh pada selainnya. (Hr Muslim)”. Demikian kita juga perlu bersungguh-sungguh tidak pada selainnya. كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ Sabda Nabi saw:....lalu ada seruan (pada bulan ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah (maralah). Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu (berhentilah, berundurlah)..... (Hr at-Tirmidzi, ibn Majah. Disahihkan oleh al-Albani) “Marilah sama-sama usaha rebut peluang ini” sawadhanas.blogspot/2012/08/rebut-peluang-baki-10-terakhir.html
Posted on: Mon, 29 Jul 2013 06:29:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015