Retorik PAS Dan Lesen Judi????Sekali lagi PAS telah membuktikan - TopicsExpress



          

Retorik PAS Dan Lesen Judi????Sekali lagi PAS telah membuktikan bahawa mereka pengkhianat Islam. Segala slogan, misi, janji dan lain-lain hanyalah semata-mata untuk membohongi dan memperbodohkan bangsa Melayu. Mereka hanya berlakon warak tidak kena tempat yang boleh memberi tanggapan negatif bahawa bangsa Melayu dan umat Islam mundur....Perkara yang penting seperti arak dan judi telah mereka persendakan dalam pemerintahan PAS. Walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan di Kelantan tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam...Malahan berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis – kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan. Apabila perkara ini disuarakan PAS cuba memutarbelitkan fakta dengan memerli polis dan kerajaan Barisan Nasional sebagai baru sedar bahawa arak dan judi haram sedangkan merekalah yang telah mengeluarkan lesen judi dan arak di Kelantan. Menurut sumber dianggarkan terdapat lebih 80 kedai menjual arak disekitar bandar Kota Bharu telah diberikan lesen yang sah oleh kerajaan Pas Kelantan, manakala yang menjualnya secara haram tanpa lesen dianggarkan melebihi 10 buah kedai....Tambahan pula terdapat beberapa pusat hiburan seperti Pub dan karaoke, namun belum dapat dipastikan samada ianya menjalankan aktiviti itu secara haram atau mempunyai lesen. Pemberian lesen arak itu pernah dijawab oleh kerajaan Pas Kelantan yang membenarkannya diatas alasan ia dikeluarkan kepada golongan bukan Islam walaupun sebelum ini pernah mengecam tindakan sama kerajaan Barisan Nasional diatas isu tersebut. Manakala di Gua Musang, PAS telah gagal menangani kegiatan perjudian di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lalu. Walaupun pihak berkuasa iaitu Penguat kuasa Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menyerbu dan menyita premis yang menyediakan judi internet, masih ada premis yang beroperasi semula. Pihak berkuasa tempatan hanya seolah-olah dipermainkan pihak penganjur kelab judi haram dan tidak takut dengan sebarang operasi. Malahan premis judi internet di Gua Musang semakin bertambah. “Sebagai sebuah kerajaan bawah pimpinan ulama di Kelantan, tidak sepatutnya ada premis judi internet secara haram kerana ia sama-sama menanggung dosa jika tidak dibanteras,” katanya. Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan juga pernah mendedahkan jualan tiket judi loteri dan empat nombor ekor dilakukan secara berleluasa dan terbuka di Kota Bharu. Premis yang berselindung di sebalik toko buku telah beroperasi sebagai premis menjual loteri dan nombor ekor. Sekiranya mereka ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam seperti dilaung-laungkan selama ini maka mereka harus lah bersungguh-sungguh menutup premis ini bukannya sekadar menyalahkan polis dan kerajaan Barisan Nasional semata-mata. Premis menjual tiket loteri dan nombor ekor itu dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau majlis perbandaran untuk beroperasi. Maka PAS harus hentikan retorik melalui dasar yang dilaksanakan dan berselindung di sebalik slogan dan kata-kata bagi menipu rakyat Kelantan. Bubarkan saja parti PAS jika tidak mampu menutupnya pusat judi dan arak bukannya sekadar berlakon mewajibkan pemakaian tudung sahaja.
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 15:43:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015