Rezeki Berkat Selalu kita mendengar orang berkata, ‘gaji yang - TopicsExpress



          

Rezeki Berkat Selalu kita mendengar orang berkata, ‘gaji yang aku dapat sikit sangat, cukup-cukup sampai hujung bulan, memang tidak tahulah apa lagi yang boleh dibuat’. Adakah mereka faham dengan apa yang dimaksudkan mengenai rezeki berkat? Hmmm..’bilalah mahu ada rezeki yang banyak’. Keluhan seperti ini ibarat debu yang melekat pada hati. Tidak benar jika mengatakan bahawa rezeki dalam bentuk wang itu tidak cukup. Sebenarnya di dalam dunia realiti, ada perkara yang kita tidak sedari. Pelbagai jenis rezeki datang tanpa kita pinta. Kesihatan tubuh badan ialah rezeki tanpa pinta.
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 08:32:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015