Ronaldo luar biasaMADRID - Cristiano Ronaldo meledak hatrik kali - TopicsExpress



          

Ronaldo luar biasaMADRID - Cristiano Ronaldo meledak hatrik kali ketiga musim ini ketika membantu Real Madrid membelasah Real Sociedad 5-1 pada aksi Liga Sepanyol di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.Ronaldo membuka tirai jaringan pada minitke-12 sebelum membantu penyerang Perancis, Karim Benzema menjaringkan gol kedua Real enam minit kemudian.Bintang Portugal itu kemudian menambah gol ketiga Real menerusi sepakan penalti pada minit ke-26 sebelum Gareth Bale membuka peluang kepada Sami Khedira untuk menjadikan kedudukan 4-0 berselang sepuluh minit kemudian.Ronaldo melengkapkan aksi cemerlangnya di depan ribuan penyokong sendiri dengan gol ketiga menerusi sepakan percuma pada minit ke-76, sekali gus menambah koleksi 24 jaringan dalam 17 perlawanan setakat ini.Antoine Griezmann pula menjaringkan gol tunggal Soceidad pada minit ke-61.Kemenangan itu menyaksikan Real kini ketinggalan dua mata di belakang jiran setempat, Atletico Madrid dan tiga mata mengekori pendahulu, Barcelona.Kami mendapat gol dengan pantas dan semuanya berjalan dengan baik. Selepas mendahului 4-0, kami beraksi lebih tenang dan perlahan pada babak kedua.Keseluruhannya, saya berpuas hati dengancara permainan kami meskipun kami gagal mengekalkan rekod kemenangan sepenuhnya, namun kami masih tetap mencipta kejayaan, jelas Ronaldo.Sementara itu, jurulatih Real, Carlo Ancelotti berkata: Ronaldo seorang pemain luar biasa. Dia tenang menjaringkan gol dan sukar untuk mencari pemain sepertinya di dunia ini.Saya rasa kami bermain dengan sempurnapada babak pertama. Kami beraksi dengan kepantasan serta efisyen di depan gol.Babak kedua kami memperlahankan sedikit tempo permainan, kami berdepan beberapa masalah di bahagian belakang, namun keseluruhannya, pemain pertahanan kami masih bagus, jelas Ancelotti.
Posted on: Mon, 11 Nov 2013 02:05:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015