SAKIT LUTUT Sakit lutut adalah antara sakit sendi yang sering - TopicsExpress



          

SAKIT LUTUT Sakit lutut adalah antara sakit sendi yang sering dialami oleh berbagai peringkat umur. Namun bukan semua sakit lutut itu berpunca dari sebab yang sama. Tujuan blog ini adalah untuk membantu pembaca mengenal jenis sakit lutut yang dialami serta membantu dari segi mendapatkan rawatan yang sesuai. Secara ringkas sakit lutut dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut gejala yang dialami: Jenis Masalah LUTUT yang dialami: · Sakit apabila hendak naik turun tangga, mencangkung atau sembahyang. Sakit lutut sebegini kerap berlaku pada kaum wanita, terutama yang aktif berkerja serta menjaga rumah tangga. Puncanya adalah dari kepala atau tempurung lutut. Pada peringkat awal beberapa tekinik senaman untuk menguatkan sendi ini amat mujarab. Sila lihat cara latihan ini dilakukan. · Lutut bengkak dan sakit setelah baru tercedera. Kecederaan lutut akibat kecederaan sukan atau jalanraya boleh disebabkan oleh kecederaan serius kepada ligament atau struktur lain didalamnya. Mengetahui langkah langkah awal dapat membantu mengurangkan sakit, bengkak serta rawatan lanjutan yang patut dilakukan. · Lutut sering terpelecok setelah tercedera seketika dahulu Akibat kecederaan sukan atau jalanraya beberapa minggu atau bulan sebelumnya kini lutut menjadi tidak stabil dan senang terpelecok menyebabkan seseorang itu was was melakukan akitiviti aktiviti lasak. · Lutut sakit, bengkak dan membengkok. Akibat kehausan selaput rawan lutut, menyebabkan lutut sentiasa sakit, bengkak dan membengkok. Ketahui rawatan yang dapat dilakukan. Anatomi Sendi Lutut Sendi ini adalah sendi terbesar dalam badan dan ia penting untuk pergerakkan. Dua kumpulan ligamen memberikan kestabilan padanya: ligamen ligamen krusiat (cruciate) dan ligamen ligamen kolateral (Collaterals). Ligamen Krusiat Ligamen ligamen ini terletak ditengah tengah lutut dan ia menyambungkan tulang peha (femur) kepada tulang kering (tibia). Terdapat 2 jenis ligamen krusiat iaitu ligamen krusiat depan (ACL –anterior cruciate ligament) dan ligamen krusiat belakang (PCL- posterior cruciate ligament) yang masing masing berukuran antara 2.5 – 3.5cm panjang. Mereka berfungsi memegang sendi lutut dengan kukuh agar ia stabil ketika lutut digerakkan. Kestabilan ini penting supaya pergerakkan lutut berfungsi dengan lancar dan licin. Oleh kerana kedua dua ligamen ini berkedudukan menyilangi antara satu dengan lain membentuk seperti huruf ‘X’ maka ia dinamakan ‘cruciate’. Kecederaan Ligamen ACL Kecederaan yang dimaksudkan dan penting untuk diberi perhatian adalah kecederaan ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat hadapan). Berbeza dengan kecederaan lain, umpamanya seperti kederaan ligamen buku lali (ankle) yang biasanya boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang tercedera akan terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh dengan sendiri. Tanpa ACL lutut akan mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut. Tanpa ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti berjalan dan menaiki tangga atau sembahyang masih boleh dilakukan. Ramai yang telah berjaya kekalkan sihat, sembuh daripada pelbagai penyakit kronik dan mengelakkan penyakit kronik hanya dengan permakanan cordyceps sila lawat cordyceps.blinkweb/ juga like facebook/cordyceps-Rich peluang bisnis di biotekbiz.blinkweb/ hubungi wan 010-544-3000 whatapps: +6019-3817269 email doowan_lee@yahoo
Posted on: Tue, 12 Nov 2013 00:23:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015