SBDJ Siri 4 - Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan Sudah seminggu - TopicsExpress



          

SBDJ Siri 4 - Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah Datuk tetap sibuk dengan anak cucu yang datang berhari raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang lalu, Datuk turut sama memasang lampu di halaman rumah dengan anak cucu. Datuk membelikan mercun untuk anak cucunya. Sesungguhnya, Datuk amat menyayangi semua anak cucunya dan memang menjadi kebiasaan dalam hidup Datuk, pada Hari Raya pertama ia akan mengumpulkan anak cucunya di anjung rumah, makan lemang dan rendang bersama anak cucu, kemudian akan mengepalai anak cucunya pergi ke masjid untuk sembahyang Hari Raya. Lepas itu, Datuk akan mengajak semua anak cucunya pergi ke tanah kubur menziarahi kubur nenek moyang yang sudah pergi, Datuk pun menunjukkan kubur Datuk nenek pada anak cucu sambil menyebut keistimewaan Datuk nenek masa ada hayatnya dulu. Dalam suasana yang sibuk itu, tiba-tiba Datuk menghilangkan diri. Tidak ada siapa yang tahu ke mana Datuk pergi. Bila salah seorang cucu mengesyorkan supaya kehilangan Datuk itu dilaporkan pada pihak polis, nenek dengan tenang bersuara : “Usah bimbang, ia akan balik dalam sehari dua ini.” “Dia berhari raya ke rumah yang lagi satu.” Jawapan nenek itu, menghilangkan keraguan anak cucu. Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu, Datuk tidak pergi turun memburu, ia banyak menghabiskan masanya di kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap kali Datuk pulang, ia membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian. Sebagai isteri yang setia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda Datuk. Nenek tahu, kalau ditanya dan disoal jawab nanti Datuk naik darah, akibatnya akan berlaku pertengkaran, kalau sudah bertengkar nanti mudah masam muka. Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu dan cucu cicit. Demi menjaga kerukunan rumah tangga dan anak menantu ada baiknya perkara itu dibiarkan. Itulah pendapat nenek. Ia merasa bersyukur pada Tuhan, kalau Datuk sihat dan boleh makan dengan baik, itu sudah cukup, bagi nenek kalau ai kasihkan Datuk sepenuh hati pun tidak ada gunanya, satu hari, salah seorang daripada mereka akan berpisah juga atas kehendak Allah yang maha besar. Barang kali esok atau lusa ia akan meninggalkan Datuk, bila nyawa miliknya diambil oleh Tuhan, begitu juga dengan Datuk, tidak ada yang abadi di dunia ini melainkan Allah yang maha bijaksana. Nenek menghitung semuanya ini, kerana itu ia tetap bersikap tenang dan senang ke atas apa yang terjadi pada diri Datuk. Akhirnya anak cucu Datuk yang berkumpul di rumah terpaksa meninggalkan rumah Datuk kerana urusan diri masing-masing. Ada yang sudah bekerja sendiri dan tidak kurang pula yang makan gaji. Kereta yang bersusun di depan rumah Datuk, sebuah demi sebuah meninggalkan halaman rumah Datuk, pulang ke tempat masing-masing. Nenek berpeluk- peluk dengan anak cucu sambil mendoakan keselamatan mereka semasa dalam perjalanan. Nenek berharap pada Hari Raya tahun depan anak cucu akan kembali ke kampung. Cuma yang nenek terkilan hanya satu sahaja, iaitu semasa kereta anak cucunya bergerak, Datuk tidak dapat melambaikan tangan. Datuk tidak dapat memeluk anak cucu dengan penuh mesra. Mengingatkan ini semua nenek jadi sayu, perasaannya cukup hiba. “Sampaikan salam pada Datuk,” kata Ahmad Zaki cucu Datuk yang kedua belas. Matanya merenung muka nenek. “Boleh, jangan bimbang,” nenek memberikan pengakuan. Ahmad Zaki yang lewat sekali meninggalkan rumah Datuk. Ia bertugas sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Dr Burhanuddin di Taiping. Bila semua anak cucu sudah pergi, nenek kembali dengan kerjanya membelah pokok sirih di belakang rumah, melihat ayam yang bertelur di reban serta memetik kacang panjang. Kalau diikut kata hati, nenek mahu sahaja mengikut salah seorang dari anak cucunya. Duduk sama mereka. Tidak guna kalau dudu rumah sendiri sedangkan suami selalu sahaja meninggalkannya. Bila nenek mengkaji semula hal ini dengan sedalam-dalamnya. Ia tidak rela meninggalkan Datuk. Ia mengira semua yang terjadi atas dirinya adalah atas kehendak Tuhan Yang Maha Besar. Sudah tiga jam anak cucunya pergi, tapi telinga nenek masih dapat mendengar suara anak cucu, bagaikan terbayang tingkah kalu anak cucu di depan matanya. Nenek tidak tahu pukul berapa anak cucunya pergi meninggalkannya yang pasti masa anak cucunya pergi tadi matahari baru naik segalah, tapi sekarang matahari sudah pun berada di pucuk kelapa. Nenek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja ia membasuh dan memotong kacang panjang. Ia terdengar bunyi suara kereta masuk. Nenek menerpa ke muka pintu. Ia melihat Muhammad Hakim keluar dari kereta. “Kenapa ada barang tinggal ?” Tanya nenek. “Tak ada apa nek, kereta Ramlah berlanggar dekat pekan pusing. Nenek diam. Ia tahu cucunya itu dalam perjalanan pulang ke Johor Bharu. Ramlah bertugas sebagai pegawai kastam. “Apa yang mesti kita buat ?” Nenek menyoal. Muhammad Hakim suruh nenek masuk ke dalam keretanya untuk pergi ke Batu Gajah. Pada jiran sebelah telah ditinggalkan pesan, bila Datuk balik suruh dia pergi ke Hospital Batu Gajah. Jiran yang baik hati itu berjanji mahu menyampaikan amanat itu. Bagaikan digerakkan oleh sesuatu, Datuk yang sudah lama tinggal dengan isteri mudanya di kampung bunian, teringat mahu balik. Isteri mudanya tidak menahan. Datuk pun balik. Datuk sampai ke rumah waktu maghrib, dia tidak bertanya pada jiran tentang nenek yang tidak ada di rumah. Selepas sembahyang, seorang jiran datang menemuinya dan menyampaikan berita yang dipesan. Datuk menerima pesanan itu dengan tenang. “Terima kasih, aku ingat lepas sembahyang Isyak aku nak pergi,” kata Datuk pada jiran yang menyampaikan pesan. Apa yang dicakapkan oleh Datuk, di kotakannya, lepas sembahyang Isyak Datuk pun menghidupkan injin keretanya, kemudian Datuk matikan injin kereta itu, Datuk buka bonet kereta untuk memastikan ia membawa barang keperluan, kalau tayar keretanya bocor di tengah jalan. Datuk periksa injin kereta,. Ia yakin keadaan keretanya cukup baik dan selamat untuk perjalanan jauh. Masa Datuk meninggalkan rumah, keadaan langit agak mendung, tidak ada bintang mengerdip, tiada bulan sabit di kaki langit. Datuk terus memandu kereta Ford Anglianya dengan tenang membelah kegelapan malam. Kereta Datuk sudah pun melintasi Kampung Buruk Bakul dan Simpang Tiga, bila masuk ke dalam kawasan Kampung Buluh Aur, hujan mula turun dengan lebatnya,agak sukar juga Datuk memandu dalam malam hujan lebat. Ia terpaksa melarikan keretanya dengan perlahan sekali. Sesekali Datuk terbabas ke tepi jalan. Bila selisih dengan lori balak atau lori ikan Datuk terpaksa memberhentikan keretanya.
Posted on: Sun, 29 Sep 2013 16:45:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015