SEDAR DIRI. Di fb ini, Jujur ingin ku memberi,kpd saudara juga - TopicsExpress



          

SEDAR DIRI. Di fb ini, Jujur ingin ku memberi,kpd saudara juga saudari Tiada perlu mengenali rupa cukup samaran diri Apa yg telah terjadi,Allah jualah maha mengetahui Pengalaman yg sering ku tangisi, ku ratapi ku ingati Aku mengerti, kekuasaan mu ya Allah ya Robbi. Tidak sekali untuk koreksi sesiapa jua disini Kerna ku tahu, ku kenal diri ku sendiri Aku hina, kerdil,jahil juga kotornya diri. Sebenarnya aku tidak perlu utk ambil peduli Apa terjadi pada mu disana mau pun disini Tiada bertambah hayat ku walau pun seminit seinci Biar siapa pun kamu, aku tetap disini tetap begini Tidak ku mahu untung dan aku tidak sekali kali rugi Sejak azali kau tidak ku kenali, silatulrahim aku disini Aku mensyukuri apa yg telah diberi telah aku miliki Nasihat ku datangnya dari hati nurani suci murni Semoga kalian selalu mengingati jgn leka tewas lagi Namun ada juga yang tidak menyenangi, dengki Berbagai kata nista juga ada yg sanggup mencaci Aku redha, pengajaran itu utk aku pelajari sendiri. Setiap insan pasti akan mati, pergi tidak kembali Celik, buta, pekak kanak kanak pun juga mengerti Namun tahu kah kau..aku telah mengalami mati Mati seketika dan dihidupkan kembali Apa yg terlihat ingin ku kongsi hanya kpd yg sudi Sebagai pedoman hidup di dunia ini yg tinggal baki Untuk apa ia ku bawa kemati ? Walaupun ia berlaku seketika namun ianya realiti Bukan lagi khayalan dan bukan juga mimpi Sedetik disana,namun lamanya tidak terperi Berbagai peristiwa telah ku perhati ku teliti Terpahat dimemori ku pateri di hati Aku takut, aku menangis menggigil hingga kekaki. Mungkin ada insan lain juga telah sama mengalami Dia sepi terkaku dan diam cuma untuk dirinya sendiri Mungkin juga dia dihujung kampung yg tiada fb Perkhabaran ini renunglah sendiri guna mata hati Jika kamu pernah mengalami mati seminit.atau sehari Ayuh tampil berkongsi demi agama yg kita anuti Untuk apa berkata kata tanpa mengetahui Mulut bersuara tiada tepi mungkin tidak berhenti Adalah lebih baik hidup seperti ubi, diam berisi Aku terfikir akhirat, aku pasti saoalan menanti Andai ditanya mampukah aku mendiamkan diri Atau apa yg patut dijawab nanti,dan andai terjadi Lidah ku kelu, bimbang aku terkancing gigi. Bagaimankah jasad apabila roh meninggalkan pergi Cahaya wajahnya bermaksudkan sejuta erti Samada kita beruntung ataupun kita mengalami rugi Selama roh seia selari nyawa juga kita pinjami Berbagai soalan bertubi tubi bukan lagi teka teki Lidah kelu tidak terjawab mata mencari cari Menangis, menjerit, merayu memohon kaku,menanti Dikala itu gelap sekali gelap lagi Tiada gelap sebegitu didunia ini.
Posted on: Fri, 29 Nov 2013 16:35:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015