SELANG beberapa hari sahaja lagi, Muktamar Pas kali ke-59 akan - TopicsExpress



          

SELANG beberapa hari sahaja lagi, Muktamar Pas kali ke-59 akan menghiasi arena politik negara. Sinar Harian Online berkesempatan mengadakan wawancara bersama pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr Samsu Adabi Mamat bagi mengupas isu-isu menarik menjelang muktamar kali ini. Ikuti wawancara khas ini bersama wartawan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI dan juru video, YUSRIZAL YUSUF. SINAR HARIAN ONLINE: Menjelang Muktamar kali-59, adakah wujud perubahan dalam saf kepimpinan Pas kali ini? SAMSU ADABI MAMAT: Dalam pemilihan kali ini, kita harap satu perubahan akan berlaku, namun perubahan mungkin tidak akan banyak berlaku kepada jawatan timbalan presiden dan di peringkat naib presiden kerana masih ramai penyandang dan calon-calon muka lama yang kekal pada posisi mereka, namun begitu perubahan mungkin berlaku di peringkat Dewan Pemuda kerana ketiga-tiga calon ini adalah calon baru dan calon yang agak berbeza dengan calon-calon Pemuda yang sebelumnya iaitu mereka yang berlatar belakang agama. Bagi saya…Dewan Pemuda adalah kilang penghasil kepada kepimpinan Pas pada masa hadapan. Bagaimana kita lihat sebelum ini Nasrudin Hassan Tantawi, Nik Abduh adalah berlatar belakang agama dan seolah-olah penyambung kepada kepimpinan ulama, tetapi kali ini kita tengok ketiga-tiga calon ini Ketua Pemuda Pas Johor, Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, dan Suhaizan Kaiat ‘highlight’ mereka adalah lebih kepada profesional dan memang mereka mempunyai asas agama tetapi ‘highlight’ itu adalah lebih kepada professional, inilah yang kita akan lihat kemungkinan ‘bahan’ kepada Pas itu, iaitu pada masa hadapan akan menjadi satu parti kombinasi antara golongan ulama dan profesional. Harapan saya adalah golongan profesional boleh memberikan bahagian positif mereka kepada hal-hal kemahiran pentadbiran manakala ulama boleh memberi kesan yang positif kepada nilai agama pada pentadbiran itu. SINAR HARIAN ONLINE: Kempen untuk calon Ketua Pemuda Pas bermula dengan cara kempen yang kotor, apa komen prof? SAMSU ADABI MAMAT: Pas ini sebenarnya meningkat mendadak selepas 2008, di mana Pas dari segi undi popularnya adalah tinggi dalam PRU lalu, ini memberi publisiti meluas kepada Pas untuk disertai oleh golongan-golongan profesional, apabila golongan profesional menyertai Pas, Pas menjadi parti yang tidak dapat tidak terjerumus kedalam ‘kemelut politik’ yang mulai lari daripada nilai, dan inilah sebenarnya yang berlaku, apabila kempen merebut jawatan mulai berlaku dalam Dewan Pemuda. Dalam hal ini, ianya masih terkawal kerana di peringkat Pusat, Pas telah meletakkan panduan-panduan kempen, namun begitu kempen di dalam sesebuah pemilihan parti tidak dapat dielakkan kerana masing-masing akan menggunakan ‘taktik’ berpolitik, ini berlaku sekiranya mereka mulai memikirkan jawatan melebihi daripada kepentingan parti. Walaupun terdapat gesaan daripada Ketua Penerangan dan beberapa ahli jawatankuasa Pas Pusat sendiri yang mengatakan pemilihan itu mestilah mementingkan akhirat dan mementingkan nilai-nilai murni serta perlu menggelak daripada mengutuk ataupun memburukkan seseorang calon lain secara peribadi namun,apabila kita lihat di media perkara ini tidak dapat dielakkan secara seratus peratus kerana ia tetap akan berlaku. Setiap calon mempunyai penyokong masing-masing dan calon tidak dapat menasihati penyokong 100 peratus supaya berkempen secara sihat. SINAR HARIAN ONLINE: Mengenai pelaksanaan hudud, adakah Pas bersungguh-sungguh ingin melaksanakannya atau sebaliknya? SAMSU ADABI MAMAT: Kalau kita lihat dari segi jawapan yang dikeluarkan oleh kebanyakan ahli Pas dan juga tokoh-tokoh Pas dalam parti mereka memperlihatkan bahawa hudud adalah perjuangan mereka. Tetapi, perkara ini sebenarnya kalau kita lihat secara realiti iaitu daripada perjuangan menegakkan Islam kepada negara berkebajikan itu sendiri perkara ini seolah-olah dari segi realitinya kelihatan disampingkan oleh Pas secara tidak sedari, dan inilah sebenarnya yang berlaku. Melalui muktamar mereka di Alor Setar antara resolusi yang dikeluarkan adalah menyemak semula ‘tahaaluf siyaasi’ mereka dengan rakan dalam PR kerana faktor inilah yang menyebabkan seolah-olah perjuangan hudud itu tidak lagi menjadi ‘hightlight’ kepada kepimpinan Pas, walaupun di peringkat tertinggi Pas menyuarakan bahawa hudud ini tetap menjadi perjuangan mereka tetapi perlaksanaanya kita dapat lihat apa yang berlaku tidak sepertimana yang disuarakan oleh kepimpinan mereka. SINAR HARIAN ONLINE: Adakah Pas sedia untuk melobi Umno. Apa strategi yg patut dibuat (jumpa PM? Jumpa Kelab Penyokong BNBCC dalam usaha melaksanakan hudud? SAMSU ADABI MAMAT: Kita lihat apabila disuarakan hal ini, mereka akan menyatakan bahawa, Kelantan sendiri pernah menghantar surat kepada Perdana Menteri semasa zaman Tun Mahathir, seolah-olah ditolak dan inilah yang dijadikan hujah Pas sehingga hari ini untuk mengatakan kenapa hudud masih tidak dapat dilaksanakan walaupun dinegeri-negeri yang mereka perintah seperti di Kelantan iaitu selama 20 tahun lebih pemerintahan mereka namun seolah-olah ianya masih belum lagi dapat dilaksanakan. Kalau kita dapat lihat dari segi kerjasama Persekutuan, ini juga yang telah menjadi alasan mereka kenapa mereka tidak dapat melaksanakan hudud dan dari segi penilaian semasa. Bagi saya ini menjadi satu ‘jawapan-jawapan pelarian’ sahaja dan sebenarnya pelaksanaan hudud ini sudah pada ketahap ini (melaksanakannya). Kesedaran masyarakat mengenai hudud semakin tinggi dan sebenarnya tidak menjadi masalah pada Pas untuk serius melaksanakan hudud ini sama ada melalui perbincangan dengan kerajaan Pusat ataupun melalui pergerakan ataupun usaha di peringkat negeri masing-masing, syaratnya terlebih dahulu ianya perlu penyelarasan dengan perundangan syariah dalam negeri. Kalau perkara ini diperbincangkan dengan betul melalui wacana yang sudah diadakan di seluruh negara mengenai kesedaran ini saya percaya bahawa dengan usaha yang lebih serius oleh Pas dan juga Umno usaha ini dapat direalisasikan . SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pemilihan kali ini akan dimonopoli golongan ulama atau Erdrogan? Jika ulama kembali menjadi teraju parti, apakah yang diharapkan? SAMSU ADABI MAMAT: Pemilihan kali ini kalau kita lihat dari struktur Pas itu sendiri, Pas mempunyai Majlis Syura Ulama, Pas juga mempunyai Dewan Ulama dan mempunyai ahli jawatankuasa Pas Pusat, dan kalau kita lihat dominasi sehingga ke hari ini pun didominasikan oleh kelompok agamawan dalam Pas, yang mereka gelarkan sebagai golongan Ulama, pada pemilihan kali ini pun tidak dapat dielakkan kerana di peringkat Mursyidul Am ini adalah antara tokoh yang paling utama dalam Pas ialah Mursyidul Amnya adalah Tuan Guru Nik Aziz dan juga Timbalannya, Tuan Guru Harun Din dan ini ekspresi Pas itu didominasi oleh kelompok agama. ...cuma untuk memperlihatkan demokrasi dalam Pas itu, maka pemilihan dilakukan di peringkat Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulama dan pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi Pas. Kalau kita lihat dari segi dewan tertinggi ahli jawatankuasa Pas Pusat, di sini kita lihat presiden sudah tidak ada pertandingan iaitu Tuan Guru Haji Hadi, manakala Naib Presiden antara kelompok Anwarinas dan profesional, sementara kelompok Naib Presiden dan ke bawah, berlakunya percampuran antara golongan agama dan profesional di sini ada perubahan dan sekali gus akan mencorakkan pas pada masa hadapan. SINAR HARIAN ONLINE: Adakah Pas mengamalkan politik kekeluargaan atau nepotisme seperti yang dikatakan calon BN sebelum ini? SAMSU ADABI MAMAT: Ini tidak dapat dielakkan walaupun parti cuba menafikan kerana ini budaya politik dalam parti-parti dalam Malaysia, iainya juga berlaku dalam Umno, DAP, dan Keadilan, di mana kita lihat tokoh yang ada kekeluargaan itu tetap ada sepertimana Tuan Guru Nik Aziz beliau mempunyai menantu dan anaknya Nik Abduh, serta legasi Yusuf Rawa, walaupun kurang ketara politik sebegini sememangnya wujud dalam Pas, walau bagaimanapun ia tidak berlaku secara menyeluruh dalam Pas. SINAR HARIAN ONLINE: Pertembungan antara golongan ulama dan profesional dalam pemilihan Pas memberikan kelebihan kepada parti atau sebaliknya? SAMSU ADABI MAMAT: Dalam hal ini sebenarnya, rakyat Malaysia dan pemerhati harapkan bahawa kombinasi profesional dengan ulama, inilah usul yang bakal menaikkan imej Pas itu sendiri dan perkara ini sedang berlaku, walaupun pada pemilihan kali ke-59 ini, kombinasi ulama itu tetap mendominasi parti tetapi kombinasi profesional di dalam Pas itu juga tetap berlaku secara meluas dan ketara contohnya dalam pemilihan jawatan Naib Presiden dan di peringkat Pemuda Pas. Artikel Berkaitan
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 03:46:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015