SELIPAR dan MASJID Dua minggu lepas, saya dan dua orang sahabat - TopicsExpress



          

SELIPAR dan MASJID Dua minggu lepas, saya dan dua orang sahabat ex-kampus zaman diploma singgah menunaikan solat fardhu Maghrib di Masjid al-Hasanah Bandar Baru Bangi, setelah seharian berjalan menghabiskan masa bersama-sama. Ketika hendak mengambil wudhu saya letak stoking saya di suatu sudut berhampiran dengan sahabat saya meletakkan stoking miliknya. Setelah selesai mengambil wudhu saya kembali ke tempat itu dan...... stoking saya tiada di situ. Tetapi stoking sahabat saya ada. Kami cari di kawasan sekitar dan tidak jumpa stoking itu. Kerana telah masuk waktu Maghrib saya kembali ke dewan solat. Meredhai sahaja kehilangan stoking itu. ~Ada hikmahNya~ Sewaktu di Masjid Nabawi, Madinah al-Munawwarah Mei yang lepas, peristiwa yang sama berlaku ke atas saya. Saya kehilangan selipar saya sedangkan selipar mom ada di tempat kami letak kasut kami. Akhirnya, saya kembali ke hotel dengan hanya berstoking. Tiada selipar atau kasut di jual di kaki lima kawasan masjid. Dan untung saya hotel berhadapan dengan Pintu 8 Masjid Nabawi. Saya naik ke restoran hotel dengan hanya berstoking. Pada hari berkenaan, kami semua sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Kota Madinah dan menuju ke Kota Makkah. Segala bagasi telah diturunkan di lobi hotel. Abah membuka kembali bagasi dan mengambil kasut hitam saya. Saya tertanya-tanya bagaimana orang itu sanggup mencuri di antara rumah Allah yang agung di dunia ini? Bagaimana perasaan Rasulullah S.A.W melihat seorang ummatnya mencuri di tempat Baginda? dan walhal itu adalah Tanah Haram. Hikmahnya, cuaca Kota Makkah amat panas dan terik. Ketika memakai kasut, kurang rasa terik pada kulit dan memudahkan saya berjalan berulang-alik dari hotel ke Masjidil Haram dan tempat-tempat lain. Hikmah Utama yang saya dapat dari kedua-dua peristiwa: 1) Apa yang ada pada diri kita ini dan sekeliling kita hanyalah pinjaman. Dan Dia boleh ambil bila-bila sahaja dia mahu. Segalanya MILIK ALLAH. 2) Setiap yang berlaku baik perkara yang baik, mahupun perkara yang kurang baik ada hikmahNya. Bermohonlah petunjuk kepada Dia selalu. 3) Belajar untuk redha 4) Kita perlu sentiasa berhati-hati walau di mana juga kita berada. Walaupun dikelilingi dengan kebaikan. Walaupun dikelilingi kebaikan dan kejahatan, berusahalah kita untuk sentiasa mengejar kebaikan. Sama-sama berusaha mencari Mardhatilah Allah, redha Allah di dunia dan di akhirat~ Jom sama-sama berubah! :) Selamat menunaikan solat Fardhu Asar~
Posted on: Wed, 04 Dec 2013 08:34:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015