SEMANGAT KEMERDEKAAN KITA PUDAR? Rakyat telah menerima keputusan - TopicsExpress



          

SEMANGAT KEMERDEKAAN KITA PUDAR? Rakyat telah menerima keputusan Pilihanraya Umum (PRU) Ke 13 Mei yang lalu, kontroversi keputusan itu masih diperkatakan oleh sebahagian masyarakat khususnya pihak Pakatan Pembangkang. Semestinya rakyat masih dihantui dengan keputusan politik yang tempang dan pincang apabila proses demokrasi itu tidak ditandai dengan ketelusan dan keadilan yang sewajarnya. Pada hari ini kita akan menyambut hari kemerdekaan, hari besar buat negara setelah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Nampaknya kempen sambutan kemerdekaan sangat hambar apabila kempen mengibarkan jalur gemilang tidak mendapat sambutan dari sebahagian besar rakyat. Sambutan kemerdekaan sebenarnya hambar semenjak 4 tahun yang lalu. Kenapa sambutan hambar?. Nasionalis-fasis disebalik kuasa yang ada telah mempolitikkan perayaan kemerdekaan secara tidak realistik. Antaranya, sejarah kemerdekaan di peringkat arus perdana begitu sempit dan hanya ditandai oleh tokoh-tokoh dari parti pemerintah dan tokoh-tokoh pejuang yang pro-pemerintah. Tindakan ini tidak wajar dan menafikan sumbangan tokoh-tokoh pra-kemerdekaan seperti Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestaman, Abdul Rashid Maidin dan ramai lagi. Sejarah negara telah mengalami dikotomi dari sudut penerapan dalam pendidikan kesan dari tindakan nasionalis-fasis. Keadaan ini pastinya tidak akan membantu untuk menyumbang kemerkasaan tema patriotisme dikalangan pelajar secara efektif. Hilangnya juga semangat menyambut kemerdekaan adalah disebabkan oleh regim pemerintah yang gagal dalam menjalankan urus tadbir negara secara berintegriti, adil dan telus. Harga barangan naik mendadak, kes jenayah berleluasa, krisis ekonomi, masalah pengangguran yang semakin tinggi dan eksploitasi isu perkauman merupakan indikasi yang menghakis aspirasi sebahagian rakyat dalam mengangkat tema patriotisme secara harmonis. Pelbagai hambatan lahiriah yang dicetuskan oleh opurtunis politik telah melumpuhkan segmen perayaan kemerdekaan negara kita. Kemerdekaan yang pudar tidak boleh dilihat secara selektif. Sekiranya kita menerobos dimensi kemerdekaan secara makro, maka sudut internal perlu di diagnosis secara konstruktif bagi menanggapi senario sambutan hari kebangsaan melangkaui variasi elementasi. Perayaan kemerdekaan yang dirampas secara sivil oleh nasionalis-fasis tidak wajar dibalas dengan skeptisisme masyarakat dalam menghayati semangat kemerdekaaan yang tulen. Refleksi sejarah bangsa tidak wajar dihalang dengan benih fobia atas sentimen politik yang rigid. Idealisme bangsa dalam menyonsong sebuah negara tanpa sikap dan pemikiran yang realistik dan konstruktif akan melahirkan pertentangan nilai-nilai patriotisme secara pasif. Falsafah kemerdekaan negara adalah refleksi yang mencerminkan sebuah tamadun bangsa yang unggul ditandai oleh rakaman sejarah dari zaman ke zaman. Refleksi ini menuntut kepada peminggiran sikap dan pemikiran yang selektif dalam mengadun intipati falsafah kemerdekaan yang tulen. Begitulah sejarah memaknai erti kemerdekaan tanpa eksploitasi dari golongan opurtunis dan kapitalis atas kepentingan peribadi. Penyemaian minda dan sikap yang kritis melalui semangat intelektualisme perlu menembusi denyut nadi anak watan dalam membina bangsa yang tidak sesekali terjajah. Pudarnya semangat kemerdekaan bukanlah isu yang menjadi prioriti untuk bangsa yang kuat, tetapi bila pudarnya nilai nasionalisme dalam kalangan rakyat maka penyumbang kepada ketempangan idealisme ini bertitik tolak pada kekontangan jiwa yang ampuh dan kritis. Dimensi ruang pemikiran yang mampu merentas sempadan idealisme mampu menerobos intelektualisme agar memupuk nilai tangunggjawab pada negara. Tanpa citra dan budaya ilmu yang kritis tidak mungkin melahirkan semangat cintakan negara secara tulus. Jiwa yang rapuh bisa dilambung ombak dunia yang penuh berantakkan. Semangat kemerdekaan bisa dipupuk dengan tautan aspirasi yang mampu menongkah arus cabaran agar tiang seri negara diterangi intelektualisme bangsa yang kukuh. Hambali Hamat, 31 Ogos 2013, Rantau Panjang,
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 01:12:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015