SEMUA PELAJAR Universiti Malaya Saudara/i, PERINGATAN AGAR TIDAK - TopicsExpress



          

SEMUA PELAJAR Universiti Malaya Saudara/i, PERINGATAN AGAR TIDAK TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN BLACK 505, 22 JUN 2013 (SABTU) Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan Black 505 yang dijadualkan akan diadakan pada 22 Jun 2013 di sekitar Kuala Lumpur adalah perhimpunan haram yang mana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa. 2. Pihak Universiti mengambil berat mengenai keselamatan dan masa depan para pelajar dan bimbang ia akan mendatangkan masalah terutamanya pada musim peperiksaan ini. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar adalah diingatkan untuk tidak terlibat atau menyertai perhimpunan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung. Di samping itu, para pelajar juga diseru agar menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat pada PRU13 yang lalu. Sekian, harap maklum dan terima kasih. Yang benar, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 02:48:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015