SENANGNYA ORANG LUAR MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA DI SABAH. Mameng - TopicsExpress



          

SENANGNYA ORANG LUAR MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA DI SABAH. Mameng Saleng, 63, berasal dari Sulawesi memberitahu panel RCI, beliau memasuki Sabah pada 1981 mengakui, segala urusan dokumentasi kad pengenalan yang ditawarkan kepadanya dilakukan di kem balak berkenaan, tanpa beliau perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Saya tangkap gambar, isi borang semua di kem ... tiada surat akuan diperlukan," katanya. Sementara itu, Ahmad Soso, 53, mengakui menerima kad pengenalan di sebuah kedai kopi di Kota Kinabalu selepas bertemu seorang individu berketurunan Bugis bersama tujuh rakannya. Ahmad yang lahir di Sulawesi berkata beliau hanya perlu membayar RM10 duti stem bagi memperolehi kad pengenalan, tanpa perlu menghadirkan diri ke JPN. "Ada permohonan di buat, kami pergi jumpa satu orang Bugis di KK dia kata boleh tolong buat kad pengenalan," katanya merujuk kepada ibu negeri Sabah itu. Proses berkenaan juga kata Ahmad hanya dilakukan di rumah lelaki tersebut, termasuk urusan mengisi borang dan juga cap jari. "Dia tanya kami berapa orang, kemudian isi borang, dan cap jari diambil di rumah," katanya, dan menambah lelaki berkenaan juga tidak meminta sebarang surat sumpah atau sijil akuan. "Cukup tiga bulan IC siap ... kami jumpa di kedai kopi untuk ambil," kata Ahmad lagi yang bekerja sebagai buruh di kebun bunga di Ranau.
Posted on: Wed, 03 Jul 2013 01:03:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015