SENARAI SEMAKAN TANAMAN MEMPELAM (Mempelam Check) Senarai - TopicsExpress



          

SENARAI SEMAKAN TANAMAN MEMPELAM (Mempelam Check) Senarai semakan tanaman mempelam adalah panduan untuk menguruskan tanaman mempelam mengikut sasaran yang telah ditetapkan.Setiap check utama perlu ditepati untuk mendapat pertumbuhan yang baik dan penghasilan yang tinggi. Pemantauan dan pemerhatian yang berterusan ke atas pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan pokok, pengurusan tanah dan air, pembajaan, serangan rumpai, dan penyakit adalah penting untuk mengenal pasti masalah dan tindakan penyelesaian masalah. :: CHECK UTAMA 1 KLON YANG DISYORKAN Keperluan asas untuk Klon terpilih boleh memberi hasil yang banyak serta mutunya tinggi Klon yang disyorkan ialah klon yang cepat berbuah, hasil yang banyak, mempunyai isi yang menarik dan boleh dipelbagai guna samada untuk dimakan secara segar atau diproses. Contoh-contohnya adalah seperti Mas Muda dan Chok Anan. Untuk pengeluaran komersial kualiti benih perlu diberi perhatian di mana anak benih pokok-pokok cantuman atau biji digunakan. Selain daripada itu, pokok penanti dan mata tunas yang diperolehi hendaklah diambil dari sumber yang sah atau induk terpilih dan disahkan ketulinannya. Peladang individu yang hendak menanam pokok secara kecil-kecilan perlulah menyediakan baka sendiri dengan memberi perhatian kepada kaedah cantuman. :: CHECK UTAMA 2 PENANAMAN Sistem tanaman yang betul, hasil titik permulaan untuk pengurusan yang baik a. Sistem Penanaman Untuk penanaman yang bercirikan komersial, disyorkan mempunyai kepadatan yang tinggi tetapi ianya bergantung kepada :- i. Klon yang dipilih ii. Melaksanakan pemangkasan pokok yang berkala Untuk mencapai kepadatan yang tinggi, kaedah yang disyorkan ialah sistem penanaman padat sebaris tunggal (2.3m x 6m atau 7 kaki x 20 kaki) dengan kepadatan sebanyak 720 pokok sehektar. Untuk kawasan yang luas disyorkan menggunakan sistem segi empat dengan jarak tanaman 9m x 9m untuk mencapai kepadatan sebanyak 156 pokok sehektar atau sistem segiempat sederhana dengan kepadatan (6m x 6m) sebanyak 277 pokok sehektar. b. Menanam i. Buka polibeg dengan berhati-hati ii. Pastikan tanah tidak relai iii. Pastikan benih mempelam ditanam tegak iv. Tongkatkan benih mempelam dengan pancang (sekiranya perlu) v. Letakkan sungkupan untuk mengekalkan kelembapan tanah dan menghindarkan pertumbuhan rumpai. vi. Siram air sehingga tepu. :: CHECK UTAMA 3 PEMBAJAAN Pokok yang sihat memerlukan zat nutrien yang mencukupi dan pada masa yang tepat Pembajaan penting bagi memastikan pertumbuhan pokok mempelam yang baik dan sihat. Kadar baja dan masa pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :- Umur Pokok (Tahun) Fasa Pertumbuhan Kekerapan pembajaan Jenis Baja Kadar pembajaan (kg/pk/th) 1 Pertumbuhan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15 Sebatian organik 9:9:9 0.5 2 Pertumbuhan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15 Sebatian organik 9:9:9 0.8 3 Pembuahan 3 bulan sekali Sebatian inorganik 15:15:15 Sebatian organik 9:9:9 1.2 Sebelum berbunga Sebatian inorganik 12:12:17:2 Sebatian organik 10:5:20:2 :: CHECK UTAMA 4 PEMANGKASAN DAN MEMBENTUK POKOK Pemangkasan yang betul dapat membentuk pokok yang cantik dan menambah ranting-ranting pengeluaran buah Untuk membentuk struktur pokok yang kuat, seimbang, memudahkan pengurusan pokok yang sempurna serta mendedahkan dahan-dahan kepada cahaya matahari amalan pemangkasan disyorkan secara tengah terbuka (1-3-6 atau 1-3-9) seperti gambarajah dibawah : Amalan pemangkasan boleh dimulakan apabila pokok mempelam mencapai umur satu tahun. :: CHECK UTAMA 5 MEMBALUT BUAH Balutlah buah untuk mendapat buah yang bersih Pembalutan buah perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan menghindarkan serangan lalat buah. Untuk kawasan penanaman yang bersaiz kecil amalan pembalutan buah mesti dilakukan. Buah dibalut dengan kertas akhbar padaperingkat umur 5-6 minggu selepas berputik (saiz telur ayam) dan ditanda untuk memudahkan penuaian. Bagi kawasan yang penanaman yang luas dan tidak mampu membalut buah, semburan dengan racun kimia yang bersesuaian adalah disyorkan. :: CHECK UTAMA 6 PEMBUNGAAN Pembungaan yang sekata menghasilkan pengeluaran buah yang seragam Keadaan cuaca di Kawasan Muda mampu untuk pokok mempelam mengeluarkan bunga yang banyak.Ini disebabkan terdapatnya musim kemarau selama 3 bulan berterusan yang boleh mengujudkan satu keadaan tegasan air yang diperlukan untuk mengaruh proses pembungaan dan 2 bulan untuk pembentukan putik dan buah.Walau bagaimanapun bagi menghasilkan pembungaan secara komersial, asuhan pembungaan boleh dilakukan untuk mendapat pembungaan awal, lebat, serentak dan seragam. Ianya boleh dilakukan dengan (2) dua cara iaitu : Menyiram secara lencunan disekeliling pangkal pokok dengan cultar (paclobutrazol) pada kadar 4-8 ml cultar / 2 liter air peringkat 2-3 bulan sebelum jangkaan tarikh berbunga. Menyembur dengan baja foliar Vitagrow pada pucuk tua 2-4 minggu. Kadar yang disyorkan adalah seperti berikut : Umur pokok kurang dari 5 tahun 5ml / liter air Umur pokok lebih dari 5 tahun 10ml / liter air :: CHECK UTAMA 7 PENGAIRAN Cukup dan sesuai semasa keperluannya Pada amnya pokok mempelam berkanopi penuh memerlukan 80 liter/tahun dengan kekerapan siraman 3 kali seminggu. Pengairan biasanya dimulakan bila 70% tangkai berbunga atau pun panjang tangkai bunga mencapai 2-4 sm. Untuk pengairan tanaman ini, dicadangkan sistem micro jet sprinkler dipasang rendah selepas pengeluaran bunga berputik. Ianya bertujuan untuk meningkatan kelekatan buah dan mutu buah. :: CHECK UTAMA 8 KAWALAN PENYAKIT KULAT Penyakit boleh mengurangkan hasil Kehadiran kedua-dua penyakit di bawah pada buah dan pokok mempelam mempengaruhi hasil, maka pengawalan dan penjagaan yang sistematik amatlah diperlukan. Antraknos, Bintik Berpusar(Colletotricum gloeosporoides) Keruping/scab (Elsinoe mangiferae) :: CHECK UTAMA 9 KAWALAN SERANGGA PEROSAK Perosak mengurangkan kuantiti & kualiti hasil Lazimnya kehadiran serangga perosak merupakan satu faktor yang perlu dititikberatkan untuk memperolehi hasil yang berkualiti. Langkah – langkah pengawalan haruslah dibuat, dan diantara serangga perosak yang hadir di kawasan mempelam adalah seperti berikut: Kutu terip (Haplotrips pictipes) Lelompat (Idiocerus nitidulus) Lalat Buah (Bacterocera carambolae) Penggorek Batang (Rhytidodera simulans) :: CHECK UTAMA 10 KAWALAN RUMPAI Rumpai bersaing untuk zat baja dan jadi perumah perosak Kawalan secara manual di keliling pangkal pokok pada peringkat pertumbuhan. Kawalan secara kimia dengan racun rumpai glyphosate + metsulfuron methyl atau glufosinate-ammonium. :: CHECK UTAMA 11 PEMBUNGKUSAN BUAH Pembungkusan buah yang baik boleh membaiki pemasarannya Buah boleh dibungkus dalam kotak gentian papan beralun (corrugated fibreboard carton). Kotak dialas dengan carikan kertas dan buah disusun dalam satu lapisan ke dalam kotak tersebut. Buah juga boleh dibalut dengan polystyrene foam berjaring sebelum disusun ke dalam kotak. :: CHECK UTAMA 12 PUNGUTAN HASIL Pungutan buah yang tepat masa akan menjamin mutunya yang baik Indeks kematangan beberapa varieti mempelam telah dibentuk untuk memudahkan penuaian. Indeks kematangan yang digunakan ialah masa daripada berbunga atau berputik mengikut kalender dan sifat luaran buah. Mempelam Harumanis, Masmuda, Nam Dork Mai, Sala dan Chok Anan, masing-masing boleh dipetik seawal 12,13,13,12 dan 10 minggu selepas berputik. Buah mempelam juga sudah boleh dipetik bila buah berubah dari bentuk leper ke bentuk penuh, kulit menjadi tegang serta terbentuknya debu putih pada kulit buah. Memetik hasil dilakukan dengan cara memotong tangkai buah menggunakan gunting. Bagi pokok yang tinggi, perangkap jaring yang dihubungkan dengan galah digunakan. Buah yang dipetik dikumpulkan di tempat redup sebelum diangkut ke pusat pengumpulan. :: CHECK UTAMA 13 PENGANGKUTAN HASIL DARI LADANG Buah yang dipetik diisikan ke dalam bekas plastik atau bakul yang beralaskan kertas, guni dan span. Pengangkutan seperti kereta sorong atau lori kecil boleh digunakan untuk mengangkut buah yang dipetik ke pusat pengumpulan. :: CHECK UTAMA 14 PENGENDALIAN DI PUSAT PEMBUNGKUSAN Operasi pusat pembungkusan untuk mempelam termasuklah membuang kertas pembalut buah, memilih buah yang baik, membasuh dan merawat. Rawatan dilakukan dengan cara :- Merendam buah mempelam dalam air biasa yang mengandungi 300 bpj propiconazole dengan kepekatan 300 bpj selama 5 minit. Selepas itu, kerja mengasing, mengred, melabel dan membungkus dilakukan. bpj = bahagian per juta. :: CHECK UTAMA 15 PENYIMPANAN DAN PENGANGKUTAN BUAH Buah mempelam boleh disimpan sementara selama 2-3 minggu pada suhu 13-15o C. Buah diangkut ke pasaran menggunakan lori tanpa penyejuk. :: CHECK UTAMA 16 PEMPROSESAN MINIMUM Hirisan segar buah mempelam Chok Anan boleh disediakan dari buah yang masak dan buah matang hijau. Kedua-dua jenis hirisan segar ini dibungkus dalam bekas plastik dan boleh disimpan selama 2 minggu pada suhu 2o C. :: CHECK UTAMA 17 PEMPROSESAN Teknologi pemprosesan boleh dilakukan untuk menghasilkan produk-produk berikut : 1. Jeruk mempelam 2. Mempelam kering/halwa mempelam 3. Snek mempelam dengan rasa masam, masin dan manis 4. Hirisan mempelam dalam sirap 5. Kordial mempelam 6. Jem mempelam 7. Jeli mempelam 8. Gegulung buah mempelam 9. Sos mempelam bercili 10. Sos mempelam 11. Inti buah mempelam 12. Kerabu mempelam segera 13. Pembuka selera berasaskan mempelam
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 03:12:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015