SEPUTAR PRK UKM 2013; TAHNIAH MAHASISWA, TAHNIAH - TopicsExpress



          

SEPUTAR PRK UKM 2013; TAHNIAH MAHASISWA, TAHNIAH GMUKM KEMEMENANGKAN Pada pandangan saya, kemenangan besar GMUKM tahun ini atas beberapa faktor umum, antaranya ialah: Pertamanya kerana kepimpinan PMUKM sesi sebelumnya telah mengisi kemenangan dengan penuh baik terutama soal memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Saya membaca penulisan seorang pengetua kolej yang mengkritik PMUKM sesi lalu sekadar menempel nama sahaja sedangkan yang melaksanakan adalah pentadbiran, maka saya rasa beliau mempunyai sikap iri hati yang cukup tebal terhadap kepimpinan PMUKM. Cukup malu sekiranya seorang pengetua kolej tidak dapat membezakan antara kuasa PMUKM dengan kuasa pentadbiran. Sebab itu PMUKM menuntut autonomi kerana wujud pemisah kuasa untuk sebuah entiti mahasiswa melaksanakannya. Beri peluang bahkan PMUKM mampu membuktikan dengan lebih baik. Kedua, GMUKM diserikan dengan kerjasama dan penglibatan aktif Student Unity Front ( SUF ) yang menjadi pengimbang kepada ( CCC ) yang dilihat perkauman atau rasis. Politik yang harmoni merupakan dan sokongan kaum yang pelbagai sekurang-kurangnya memberi kelebihan kepada GMUKM. Ketiga, penguasaan kempen melalui teknologi maya dimaksimumkan oleh GMUKM dengan memuat naik video yang dekat dengan mahasiswa. Saya suka kempen tahun ini seperti “Mahasiswa Sayang UKM” yang akhirnya menepis tohmahan bahawa GMUKM merosakkan nama UKM. Keempat, GMUKM terkehadapan mempromosikan halatuju dan hasil gerak kerja berbanding menghentam lawan. Kempen ini wajar diteruskan kerana mahasiswa mahukan kepimpinan yang berkarismatik dan berwawasan bukannya pemimpin ikut telunjuk apatah lagi pemimpin yang tidak membawa suara kebajikan mahasiswa. Kelima, ketidaktelusan pentadbiran membantu kemenangan calon mahasiswa seperti membawa mahasiswa tahun satu keluar dalam fasa-fasa PRK, menghalang PMUKM terlibat bersama dalam orientasi Minggu Mesra Pelajar dan beberapa perkara lain sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati ramai pihak. Cukup beberapa perkara yang saya sebutkan secara umum dan saya fikir untuk tidak memanjangkan perbincangan berkaitan faktor-faktor ini.
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 19:08:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015