SILA BACA SEBAGAI INFO UTK ANDA. Assalamualaikum, SERI DEWI - TopicsExpress



          

SILA BACA SEBAGAI INFO UTK ANDA. Assalamualaikum, SERI DEWI MALAM semakin mendapat sambutan hangat di pasaran online malah di pasaran offline. Tetapi ada sedikit ketidakselesaan pada kakyu selaku pengeluar kpd jenama produk kakyu sendiri iaitu SERI DEWI MALAM dimana ada segolongan pihak mengatakan kakyu klon produk mereka. Kakyu adalah salah seorang bekas pengasas kpd kluaran susukdara dimana dulu kami tiga beradik bergabung tenaga dgn produk masing2 dan dilabelkan dgn nama susukdara. Kami memainkan peranan masing2 dan ada produk masing2. Kakyu lebih suka low profile dan kakyu lebih selesa dikenali sebagai stokis dan bknnya pengasas. Peranan kakyu selaku teraju pemasaran dan pengeluaran kilang (production) serta mencari formula2 baru yg berkualiti utk diwujudkan di dlm jsd. Kakyu tidak begitu berminat dgn panggilan pengasas kerana ini memudahkan pergerakan dan perjalanan kerja kakyu yg terlalu hectic dan sibuk. Selaku seorang di belakang tabir, tugas memastikan produksi dan pengeluaran stok dan memformulasi produk2 baru adalah lebih penting. Kita hanya merancang yg terbaik tetapi kuasa dan perancangan Allah adalah lebih baik dari perancangan kami adikbradik. Atas alasan2 yg peribadi dan kejadian2 tertentu, membuatkan kakyu berasa kakyu terpaksa menarikdiri dari jsd wlupun hati terasa begitu berat. Kakyu juga ingin memberi ruang kejayaan dan ruang peribadi kpd adik kakyu, hanni yg rata2 lebih dikenali sebgai pengasas jsd spt apa yg beliau idam2kan. Mengalah dgn situasi yg terjadi, kakyu mengundurkan diri dan bertatih2 semula dan mewujudkan SERI DEWI MALAM. Kakyu menjenama semula semua produk serta formula2 kakyu kepada SERI DEWI MALAM iaitu FW, IG, CHW, MrZACK, BERINA C PLUS, HOT LOTION, COOL LOTION malah ada beberapa produk jamu adalah atas bancuhan dan resipi kakyu sendiri atas bantuan dan bimbingan ibu kakyu dan beberapa pembuat jamu yang hebat n berpengalaman. Manakala produk2 bercirikan sabun adalah formula hakmilik adik kakyu seorang lagi iaitu Hajah Anne MODEN TRADISIONAL dimana salah satu sabun itu didaftarkan atas jenama SERI DEWI MALAM. Kami adik-beradik kini adalah entiti yg berbeza. Kakyu adalah seoarang yg berkeyakinan tinggi dan percaya rezeki itu dari Allah. Kakyu rela hati dan membenarkan jsd menggunakan formula kakyu atas dasar ehsan semasa insan darah daging bergelar adik. Kakyu mengalah dgn terpaksa "reformulate" formula2 kakyu wlaupun mata kasar ia nampak sama. Malah sudah tentu formula baru SERI DEWI MALAM adalah lebik baik dari segi penambahbaikkan mutu dan khasiatnya. Kakyu ingin menekankan bahawa khabar mengatakan SERI DEWI MALAM adalah klon produk lain adalah tidak benar sama sekali. Kabar ini hanyalah berita2 nakal oleh pihak2 tertentu yg inginkan jalan singkat dan mudah di dalam persaingan pasaran. Malah ingin ditekankan kewujudan SERI DEWI MALAM bukanlah ingin bersaing dgn mana2 pihak. SERI DEWI MALAM adalah satu pilihan, penambahbaikan produk yg berkualiti di dalam pasaran sediaada dan satu kemudahan utk pelanggan2 merawat diri dgn produk yg berkualiti, selamat, halal dan suci.
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 04:44:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015