SOALAN BIAR BETUL, BARU SELESAI MASALAH Sewaktu Rusia dan - TopicsExpress



          

SOALAN BIAR BETUL, BARU SELESAI MASALAH Sewaktu Rusia dan Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk menguasai angkasa. Kumpulan saintis Amerika Syarikat menghadapi satu masalah iaitu bagaimana untuk menulis di angkasa kerana tiada graviti. Maka salah seorang dari mereka pun bertanya “Bagaimana kita nak menulis di angkasa, pen tidak boleh digunakan, kerana pen hanya berfungsi jika ada graviti. Jika tiada graviti, dakwat tidak dapat turun ke bawah ?” Maka semua saintis lain mengangguk tanda setuju. Mereka pun berfikir bagaimana untuk mencipta sebatang pen yang boleh berfungsi di angkasa tanpa graviti. Maka kerajaan Amerika Syarikat pun meluluskan jutaan dollar untuk mereka mencipta pen yang boleh menulis di angkasa. Maka setelah membuat kajian yang mendalam akhirnya saintis ini berjaya mencipta sebuah pen yang dipanggil “Astronaut Pen” yang mampu menulis di angkasa. Mereka semua bersorak gembira tanda kejayaan. Kemudian salah seorang daripada mereka bertanya. “Kita berjaya mencipta pen yang sangat canggih ini, tetapi bagaimana angkasawan Rusia menulis di angkasa ?” Semua saintis menjadi bingung…. Untuk mendapat jawapan sebenar, saintis ini pun menelefon rakan mereka di Rusia dan bertanya. “Kami sudah berjaya mencipta “Astronaut Pen” yang boleh menulis di angkasa tanpa bantuan daya graviti, tetapi kami hairan bagaimana angkasawan Rusia menulis di angkasa ?” Saintis Rusia menjawab dengan tenang. “Kami menggunakan pensel”… Moral cerita : Soalan yang patut ditanya oleh angkasawan Amerika bukanlah “Bagaimana menggunakan pen di angkasa?” Mereka sepatutnya bertanya “Bagaimana MENULIS di angkasa?”
Posted on: Mon, 25 Nov 2013 02:17:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015