SRI AMAN: Seorang lelaki ditikam sebanyak dua kali di bahagian - TopicsExpress



          

SRI AMAN: Seorang lelaki ditikam sebanyak dua kali di bahagian perutnya dalam satu kejadian rompakan bersenjata di Taman Sri Jaya di sini, malam kelmarin. Mangsa, 31, yang bekerja sebagai pembantu kedai, semasa kejadian seorang diri di rumah sewanya apabila didatangi seorang lelaki tidak dikenali sekitar jam 9 malam. Menurut sumber, suspek bertindak menikam mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam selepas menyedari kehadirannya diketahui oleh mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. Mangsa yang cedera segera mendapatkan pertolongan da-ripada orang awam yang ber-ada berhampiran tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sri Aman oleh pihak polis. Berikutan tahap kecederaan yang dialaminya parah, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati suspek hanya berjaya melarikan seunit telefon pintar jenis Galaxy Note dari rumah mangsa. “Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan,” katanya.
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 01:58:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015