SUDUT INFO.. RADANG PELVIS Sekiranya anda sukar hamil dan sejak - TopicsExpress



          

SUDUT INFO.. RADANG PELVIS Sekiranya anda sukar hamil dan sejak kebelakangan ini anda mengalami sakit perut, dan keputihan yang berbau, anda mungkin mengalami radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID). Radang pelvis disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyerang sistem peranakkan wanita termasuk salur fallopia, rahim dan ovari. Ia banyak terjadi kepada mereka yang aktif dengan hubungan seks rambang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Jangkitan kuman ini juga boleh berlaku semasa kelahiran dan keguguran. Simtom-simtom Sakit perut terutama ari-ari Sakit semasa hubungan seks Keluar lendir yang berbau dan kehijauan dari faraj Haid yang tidak menentu Demam and gigil Loya dan muntah Diagnosa dan rawatan Selalunya doktor akan bertanya simtom dan membuat pemeriksaan pelvis untuk mempastikan samada terdapat kesakitan dan menganalisa keadaan lendir.Doktor juga mungkin akan membuat beberapa ujian darah dan cultur pada pangkal rahim untuk mengetahui punca masalah anda. Laparoscopy mungkin diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat. ia dapat melihat organ peranakan dan sekiranya tersapt radang, kemungkinan besar anda mengidap PID. Merawat PID Sekiranya ia dapat dikesandengan lebih awal, merawat dengan mengunakan antibitik sudah cukup untuk merawatnya. Sekiranya sudah menjadi teruk, anda mungkin terpaksa menjalani rawatan melalui pembedahan untuk membuat nanah yang terbentuk dalam pelvis. PID dan masalah ketidaksuburan PID boleh menjadi sangat serius dan kadang-kadang membahayakan nyawa. Sekiranya tidak di rawat tepat pada waktunya, ia akan menyebabkan sistem peranakan menjadi rosak. Ini boleh menyebabkan ketidaksuburan atau masalah kehamilan diluar rahim. Mencegah PID Sekiranya anda seorang yang aktif seksual, amat penting untuk anda tahu cara untuk mengurangkan risiko untuk mendapat PID. Berhubungan cuma dengan satu pasangan Gunakan kondom setiap kali hubungan seks Membuat temujanji secara regular dengan doktor gynae anda
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 01:08:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015