SUFI MAKIN DITINGGALKAN Alhamdulilah mendengar riwayat yang - TopicsExpress



          

SUFI MAKIN DITINGGALKAN Alhamdulilah mendengar riwayat yang diambil dari Azrinah Al-Fateh yang dipercayai Tsiqah seorang lagi ahli sufi telahpun meninggalkan sufi kerana telah mengetahui kebatilan sufi itu sendiri.Dia telah PM Azrinah Al Fateh dengan mengatakan dia suka kepada dakwah SALAFI yang mempunyai hujjah dan dalil dari quran dan sunnah.Sebelum ini dia berkata pernah terlibat dengan zikir menari berpusing2.Mungkin dia sedar kerana terlalu banyak pusing membuatkan dia berfikir perbuatan dangkal yang dia lakukan tersebut telah menyalahi sunnah. Mungkin ada yang mendakwa oh itu sufi yang sesat.Jadi maknanya ada sufi yang sesat ada yang tak sesat??? Lihat sahaja jika ikut method/kaedah salaf takkan ada terminologi seperti itu kerana setiap amal perbuatan akan dibandingkan dengan quran dan hadis sahih sama ada ianya dilakukan nabi s.a.w ataupun tidak kerana mana mungkin nabi s.a.w melakukan perbuatan yang sesat memandangkan baginda dijaga oleh Allah swt dengan wahyu. Jika ianya sekadar diambil melalui tok sheikh maka tok sheikh A akan kata buat begini Tok sheikh B pula kata buat begini maka akan timbul pelbagai kelakuan yang bercanggah dengan Quran dan Sunah.Dalam manhaj salaf tiada lagi istilah salaf sesat dan salaf tak sesat kerana ianya ditimbang dengan quran dan sunnah.Setiap amalan ditimbang dengan quran dan sunnah bukannya setiap perbuatan ditimbang dengan Tok sheikh.Kata2 Tok sheikh perlu ditimbang melalui quran dan sunnah.Jika ada di dalam quran dan sunnah maka ambillah ia.Buang sikap Ghuluw daripada tok sheikh,ini bila tok sheikh beritahu hadis maudhu pun kita telan saja. Saya mengharap semoga saudara ini sentiasa dalam pemeliharaan hidayah Allah swt.Credit to Azrinah Al Fateh kerana mampu menarik beliau mengikuti quran dan sunnah. Sufi kembali ke salafi semakin berkembang pesat. Salafi pergi ke sufi tidak ada.
Posted on: Wed, 04 Dec 2013 22:26:12 +0000

Trending Topics




© 2015