SUMBER: digitals.me/apa-itu-pemasaran-internet/ APA ITU PEMASARAN - TopicsExpress



          

SUMBER: digitals.me/apa-itu-pemasaran-internet/ APA ITU PEMASARAN INTERNET? Secara ringkasnya ini, ia merupakan teknik memasarkan produk melalui Internet. Terdapat pelbagai cara, tapi kita hanya fokus kepada yang penting sahaja seperti:- Blog Melalui sosial media seperti Facebook E-Niaga atau “e-Commerce” Melalui emel atau “Email Marketing” Melalui Google AdWords Ada banyak lagi cara, tapi biar kita belajar yang ‘basic’ dahulu. BLOG wordpress_logoBlog ini lebih kurang macam dairi dahulu kala, tetapi sekarang blog ini banyak digunakan untuk memasarkan barangan, menulis tutorial dan sebagainya. Blog yang agak ‘famous’ yang anda boleh gunakan ialah Blogger WordPress Kami disini mencadangkan mengguna WordPress, tetapi terpulang kepada individu masing-masing. Kenapa blog penting? Kerana apabila sesorang nak mencari sesuatu perkara atau barangan, selalu dia akan “Google”! Apabila dia Google, kerja Google ini memberikan jawapan yang sesuai dengan permintaan sesorang. Katakan anda ingin menjual kerepek, tetapi jikakalau anda tiada laman web atau sekurang-kurang blog, bagaimana Google nak bagitau kepada orang mencari? Betul tak? Oleh itu amat penting menulis dalam blog dan memaparkan gambar-gambar produk anda itu. FACEBOOK facebook_logo Facebook merupakan sebuah laman social yang amat popular dengan 1 billion pengguna aktif. Pemasaran dalam Facebook amat efektif dan saya sendiri memasarkan beberapa produk melalui Facebook secara eklusif. Tetapi bukan semua produk boleh dipasarkan dan ada teknik-teknik tertentu yang akan dikemukakan kelak. Dalam Facebook ini, kita boleh juga berinteraksi dengan pelanggan kita dan “post” gambar-gambar produk kita. Dari situ, dengan hanya memaparkan alamat emel atau nombor telepon, dah boleh terima order. Anda tak percaya? Cuba tengok dalam Facebook ramai yang jual baju bayi, losyen, baju kurung, beg tangan dan macam-macam lagi dalam Facebook. E-NIAGA E-Niaga atau “e-commerce” ialah perdagangan barangan melalui maya (“online”). Ertinya mewujudkan sebuah kedai secara maya (“online”) yang boleh memaparkan produk, menerima bayaran dan memproses penghantaran kepada pembeli. Terdapat 3 cara mudah untuk menjalankan perniaga e-niaga, iaitu:- Melanggan servis laman e-niaga yang sedia ada seperti Lot.my, BigCommerce, Shopify dan banyak lagi Membangun laman e-niaga sendiri dengan menggunakan perisian seperti OpenCart, osCommerce, WooCommerce dan banyak lagi Cara mudah dengan memasukkan produk ke laman web e-niaga atau lelong seperti Lelong.my, Mudah.my, eBay.my dan sebagainya. PEMASARAN MELALUI EMEL Communication-email-2-iconCara ini agak rumit dan memerlukan masa yang lama, tetapi amat efektik jika dilaksanakan dengan betul. Manusia sekarang sibuk, takda masa hendak singgah website untuk mencari barang. Tetapi semua sekarang dah ada smartphone dengan kuasa menerima emel. Apabila kita mempunyai pangkalan data emel seseorang yang berminat dalam produk kita, dengan hanya emel itu kita boleh menukarnya kepada pelanggan. Tapi yang penting cara kita mendapatkan emel seseorang itu dengan cara yang betul dan beretika. GOOGLE ADWORDS Google AdWords ini lebih kurang macam pengiklanan dalam laman carian Google. Google ini “famous”, semua orang suka gunakan Google untuk membuat pencarian. Kerana ramainya yang mencari, maka peluang untuk memasarkan produk kita pun lebih tinggi.
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 01:38:08 +0000

Trending Topics



Day two of riding complete. 200km (Id tell you that in miles but
Dun Mind :-) :P Bt its nIce... SALESMAN OF the YEAR AWARD.. Seth

Recently Viewed Topics




© 2015