SUSPEK BAKAR TEMAN WANITA DI SETAPAK JAYA DITAHAN Kuala Lumpur, - TopicsExpress



          

SUSPEK BAKAR TEMAN WANITA DI SETAPAK JAYA DITAHAN Kuala Lumpur, 22 Jan - Lelaki dipercayai membakar teman wanita dan anak perempuannya di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak Jaya, semalam ditahan polis di sebuah taman perumahan di Hutan Melintang, Perak kira-kira 3 pagi ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata penganggur berusia 27 tahun itu dipercayai melarikan diri ke tempat asalnya sejurus kejadian. Sewaktu suspek ditahan, polis menemui satu plastik lutsinar seberat 2.15 gram yang dipercayai ganja, katanya dalam sidang media selepas sambutan Maulidur Rasul Kontinjen Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. Berdasarkan siasatan, motif kejadian adalah disebabkan perselisihan faham dengan teman wanitanya mengakibatkan dia hilang pertimbangan dan membakar rumah yang didiami wanita itu, katanya. Katanya keadaan wanita itu yang merupakan ibu tunggal dilaporkan kritikal, mengalami kelecuran sehingga 65 peratus di seluruh badan. Anaknya yang berusia satu tahun enam bulan juga dalam keadaan kritikal manakala ibunya berusia 62 tahun dirawat sebagai pesakit luar, kata Khairi. Dalam kejadian itu, suspek dikatakan datang ke rumah tersebut untuk bertemu teman wanitanya yang merupakan janda beranak tiga sebelum mereka berdua bertengkar. Suspek kemudian beredar dalam tempoh beberapa minit sebelum datang semula dan terus masuk ke bilik wanita itu lalu mencurah petrol serta menyalakan api. - BERNAMA
Posted on: Wed, 22 Jan 2014 09:00:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015