SUSU IBU: TITISAN EMAS 1. Payudara ibu lebih pandai daripada otak - TopicsExpress



          

SUSU IBU: TITISAN EMAS 1. Payudara ibu lebih pandai daripada otak profesor dalam menyediakan formula sempurna cecair yang sangat berkhasiat untuk bayi. - Oliver Wendell Holmes 2. Statistik di Malaysia menunjukkan kurang 15% ibu berjaya menyusukan anak mereka secara eksklusif sehingga bayi berumur 6 bulan. 3. Dr. Cicely Williams adalah aktivis yang memperjuangkan kesihatan ibu dan anak termasuk penyusuan susu ibu. Beliau dipenjarakan oleh Jepun di Singapura pada tahun 1942. Beliau melaporkan, seramai 20 orang bayi dilahirkan dalam penjara dan semuanya sihat kerana mengamalkan penyusuan susu ibu. 4. Beberapa negeri di Amerika Syarikat sudah menggubal akta melindungi hak wanita bagi mendapatkan waktu memerah susu sewaktu bekerja. Califonia, Florida, dan Texas adalah negeri yang sudah melaksanakan akta itu sejak tahun 1990-an. 5. Dan lebih banyak lagi info dan rahsia kehebatan susu ibu terkandung dalam manual lengkap penyusuan susu ibu ini, "Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu".
Posted on: Thu, 19 Sep 2013 08:45:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015