Saban waktu penghinaan ke atas agama Islam dilakukan oleh orang - TopicsExpress



          

Saban waktu penghinaan ke atas agama Islam dilakukan oleh orang perseorangan,persatuan,NGO,kelab2 berasasaskan agama tertentu dll.Maka kecoh 1 Tanah Melayu dan keluarlah pejuang2 bangsa dan agama mengutuk habis-habisan perlakuan tersebut.Kadang-kadang dengan ugutan yang amat menakutkan,mereka ini seolah-olah naik gila... Sedar tidak sedar,penghinaan turut dilakukan oleh penganut agama Islam sendiri...Petanyaan dariku...adakah tidak menutup aurat bukan satu penghinaan pada agama sendiri..? berjabat tangan/bersentuhan dgn bukan mahram bukan satu penghinaan pada ajaran sendiri...? Malah yang melakukan tersebut adalah nama2 besar dalam negara,malah perlakukan tersebut disiarkan ke seluruh dunia melalui televesyen.Sedangkan mereka itu adalah pemimpin sebuah negara "Islam".Bagaimana kita mahu memahamkan rakyat Islam itu satu cara hidup islam,sedangkan kita berpelakuan sebaliknya...? Adakah kerana mereka pemimpin kita,ianya tidak termaktub pada mereka? Sedangkan rakyat bawahan dianjurkan berperilaku sebagai seorang muslim? Jika penghinaan dilakukan oleh orang bukan Islam adalah kerana kejahilan @ memang satu agenda mereka untuk menyerang kita.Tapi bagaimana dengan umat Islam sendiri yang melakukannya...? Moto kerajaan semasa era pemerintahan Tun M adalah "kepimpinan melalui tauladan" jadi tauladan sebegini yg perlu diikuti..? Pos ini bukan membuka aib mana individu Islam...kerana mereka sendiri telah membuka aib/kehormatan mereka di mata dunia..... *ya kita harus mendoakan supaya mereka berubah,ada yg kata mereka belum mendapat seruan.Sedangkan seruan itu sudah berlaku 1400 tahun dahulu.Ini Bukan berkenaan seruan,tetapi ego yang tidak ditumpaskan dalam diri masing2.Apalah salahnya walaupun terpaksa/tidak rela kita berkorban demi agama.Kerana setiap pengorbanan atas nama agama ada kebaikannya... (Allah s.w.t lebih mengetahui) *Maka benarlah diciptakan Syurga dan neraka.... *Ya Allah ampunilah dosaku,kebodohanku dan perlakuanku yg melewati batas...
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 06:17:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015