Sabar berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud - TopicsExpress



          

Sabar berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud mengawal. Secara istilahnya pula sabar didefinisikan sebagai mengawal diri daripada melakukan sesuatu perkara. Contoh sifat sabar adalah ketikamana seseorang itu mengawal dirinya daripada melakukan sesuatu perkara yang diharamkan oleh Allah swt. Antara contoh mereka yang tinggi kesabarannya adalah para rasul yang digelar sebagai Ulul Azmi. Mereka ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Mus, Nabi Isa dan Nabi Muhammad ‘alahimussolaatu wassalam. Dalam al-Quran, Allah swt telah berfirman : “Bersabarlah kamu sepertimana bersabarnya rasul-rasul Ulul Azmi (sebelum kamu).”(Surah al-Ahqaf:35). Para Rasul Ulul Azmi ini adalah mereka yang gigih mengajak manusia untuk taat memperhambakan diri kepada Allah swt dan meninggalkan segala bentuk syirik atau sekutu kepada Allah swt. Bukan sekadar itu sahaja, malah mereka adalah golongan yang tinggi kesabaran ketikamana dakwah mereka ditentang oleh kaum manusia yang tidak beriman kepada Allah swt. Lihatlah sahaja kesabaran Nabi Nuh as yang berdakwah selama 950 tahun semata-mata untuk mengajak manusia beriman kepada Allah swt, namun tidak ramai yang beriman dengan risalah beliau termasuklah anak dan isteri beliau sendiri. Firman Allah swt: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya selama 950 tahun kemudia Kami timpakan kaumnya dengan taufan dalam keadaan mereka melakukan kezaliman”(Surah al-’Ankabut:14). Sesungguhnya Allah swt akan menguji keimanan para hambaNya dengan melihat setinggi manakah kesabaran mereka ketika ditimpa musibah. Musibah adalah segala bentuk ujian berat yang menimpa kehidupan kita. Dalam al-Quran Allah swt telah berfirman: “Adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan untuk berkata kami beriman sedangkan mereka masih belum diuji (oleh Allah swt)? “(Surah al-’Ankabut:2). Di sinilah perlunya kekuatan sifat sabar dalam jiwa kita. Jika kita mampu bersabar dengan setiap ujian dan kesedihan yang Allah swt berikan mana sudah tentu kita merupakan hamba yang lebih beriman dan juga hampir kepadaNya. Manusia yang diberikan ujian oleh Allah swt bolehlah diketegorikan kepada empat golongan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rhm.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 00:22:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015