Sabda Rasulullah s.a.w. 1] "Barangsiapa datang ke tukang ramal, - TopicsExpress



          

Sabda Rasulullah s.a.w. 1] "Barangsiapa datang ke tukang ramal, kemudian bertanya tentang sesuatu, yang membenarkan apa yang dikatakannya, maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.." (HR Muslim).... 2] "Barangsiapa yang datang ke tempat tukang tenung, kemudian mempercayai apa yang dikatakannya, maka sungguh dia telah mengingkari wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w.." (HR Abu Daud).... ... Mempercayai ramalan atau tenung nasib boleh membawa kepada SYIRIK kepada Allah SWT... Justeru Nabi S.A.W. melarang seseorang Islam mengunjungi ahli nujum atau tukang tenung nasib bagi mengetahui nasibnya, sedangkan nasib seseorang adalah di dalam pengetahuan Allah SWT, tiada siapapun yang mengetahuinya melainkan Allah.... Firman Allah SWT, : "Katakanlah, TIDAK ADA SEORANG PUN di langit atau di bumi, yang mengetahu perkara yang GHAIB, kecuali Allah.." - Surah An Naml ayat 65... MENGENAI BINTANG 12 (Horoscope), kepercayaan ini berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq... Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap... Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai HOROSCOPE atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang... Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah LAMBANG KAMBING... Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus, iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil... Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit... Kesimpulannya, Capricorn itu hanya kambing saja... Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim... Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar?.. Justeru, umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tukang tilik WALAUPUN UNTUK SUKA-SUKA SAHAJA, kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan… Paling ditakuti kalau ianya menyebabkan kita SYIRIK, samaada sengaja atau tidak. Tiada maaf untuk mereka yang telah SYIRIK KEPADA ALLAH S.W.T. - 1001 Sirah Nabi Muhammad
Posted on: Thu, 27 Jun 2013 03:27:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015