Salah satu jalan kebenaran dan cahaya islam terhalang dari sampai - TopicsExpress



          

Salah satu jalan kebenaran dan cahaya islam terhalang dari sampai ke orang-orang bukan islam, kerana sebahagian kita menjadi penghalanganya secara tidak sedar kerana kejahilan. Berpuluh tahun tangan-tangan yang mengangkat dan menyokong pemimpin islam yang terang tidak berlaku adil, menindas, menzalimi, menebarkan kemungkaran dan membesarkkan harta peribadi. Kesan dari ini, ratus ribuan orang-orang bukan islam yang bernaung di bawah negara islam, semakin menjauhkan diri mereka dari islam, memandang serong terhadap islam, takut kepada islam. Saham dosa menghalangi kebenaran islam ini akan ditanggung oleh penyokong yang menaikkan pemerintahan sebegini tanpa mereka sedar. Bagi muslim, Politik bukan perkara permainan atau sekadar sahaja mahupun tempat mencari kekayaan. Akan tetapi pertaruhan politik kita akan membawa sehingga ke akhirat yang kekal abadi. Inilah salah satu kerja Para Nabi dan Anbiya yang perlu dipimpin atau disokong dengan amanah. Beramal dengan ilmu, berpolitik dengan ilmu, bersyukur dengan ilmu. Kerana politik tidak terlepas dari halal dan haram, Syurga dan neraka.
Posted on: Sat, 23 Nov 2013 04:18:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015