Salam 1Malaysia, Alhamdulillah, kita telah dapat menyempurnakan - TopicsExpress



          

Salam 1Malaysia, Alhamdulillah, kita telah dapat menyempurnakan ibadah puasa dalam suasana yang aman dan sejahtera. Sudah tentu anda dan kaum keluarga sibuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri esok. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana setiap tahun rakyat Malaysia secara amnya dapat menyambut kedatangan Syawal dengan aman dan sentosa. Tatkala negara-negara saudara Islam kita mengalami pergolakan politik yang mengakibatkan pertumpahan darah dan kesengsaraan, kita di Malaysia begitu bernasib baik kerana dapat menikmati juadah Hari Raya dan menziarahi saudara mara dalam penuh keselesaan. Kirimkanlah sedikit doa kepada mereka yang sedang menghadapi pelbagai dugaan besar di waktu ini. Sekiranya anda merancang perjalanan jauh sepanjang musim perayaan ini, diharap agar anda berhati-hati di jalan raya demi keselamatan diri dan kaum keluarga yang tersayang. Bagi anda yang menyambut Aidilfitri di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya atau kawasan berhampiran, saya menjemput anda bersama keluarga dan rakan taulan untuk menghadiri majlis rumah terbuka di kediaman rasmi saya, Seri Perdana pada Hari Raya pertama dari jam 10.30 pagi hingga 4 petang. Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook saya. Akhir kata, sampaikanlah salam Aidilfitri saya sekeluarga kepada saudara mara anda. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Najib Razak
Posted on: Thu, 08 Aug 2013 02:01:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015