Salam Hormat, Seperti tertera dalam program sempena Jualan Gudang - TopicsExpress



          

Salam Hormat, Seperti tertera dalam program sempena Jualan Gudang Karangkraf 2013 di Seksyen 15, Shah Alam. Satu Majlis Pelancaran Novel Magis akan diadakan pada 5 Oktober, Jam 2.00 petang di Pentas Acara. Mari menonton Majlis Pelancaran yang pasti meriah dengan kejutan dan juga kemunculan watak-watak dalam novel ini. Dapatkan Novel Magis pada harga diskaun dan tandatangan Ramlee Awang Murshid. #Nota Pelancaran i) Masih mencari sukarelawan untuk menyumbang tenaga sempena pelancaran ini. Berminat sila PM, Siti Zadatun Naziah Ramli berikan nama dan no telefon. Tugas akan diberitahu kemudian. Goodies bag misteri menanti anda. ii) Jika ada berminat dari segi penajaan sila hubungi Haslinda Zain iii) Berminat membuat liputan acara, juga sila Haslinda Zain atau Elle Syeila. Sama ada anda wartawan, blogger, jurugambar amatur atau profesional. Maklum balas sebelum 4 Oktober, Jam 1.00 petang. ~Elle Syeila~
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 16:20:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015