Salam Komoditi #1 : TOT dan MICCOS Hari ini, saya hadir di - TopicsExpress



          

Salam Komoditi #1 : TOT dan MICCOS Hari ini, saya hadir di Seminar "Transfer of Technology" (TOT 2013) anjuran MPOB di Bangi Selangor. Sehingga kini, MPOB telah menghasilkan 543 teknologi dan 129 perkhidmatan bagi tujuan pengkomersilan. Antara teknologi baru yang dipamerkan semasa TOT 2013 ialah Rhyno - jentera pengangkut buah sawit di tanah gambut (En. Solah Derahman) dan Non-hydrogenated Palm-based Pastry Shortening (Dr. Miskandar Mat Sahri). Saya juga merasa cendol yang dihasilkan menggunakan santan berasaskan sawit. Nyam-nyam - enak sekali. Sempena TOT 2013, majlis soft launch MICCOS 2013 pada 24-27 Oktober 2013 juga disempurnakan oleh KSU MPIC. Anda semua dijemput menyertai MICCOS 2013 di MAEPS, Serdang kelak yang bertemakan Sustainable Commodity for A Better Tomorrow.
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 05:10:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015