Salam Negara Islam Berdaulat Salah satu tanda kiamat ialah - TopicsExpress



          

Salam Negara Islam Berdaulat Salah satu tanda kiamat ialah diangkatnya Ilmu(hikmah). Ilmu hikmah bersifat menjaga, sementara harta pula bersifat memperhamba kerana harta perlu dijaga. Sedangkan sepatutnya kemuliaan sebenar ialah kita sebagai hambaNya bukan hamba harta. Akan hilanglah Ilmu hikmah bila ia tidak dimuliakan melebihi harta. Masjid-masjid sepatutnya menjadi tempat Ilmu hikmah ini. Imam-imam sepatutnya adalah dari hambaNya yang berIlmu hikmah ini. Imam-imam menzahirkan Ilmu hikmah ini melalui kaedah rawatan perubatan Islam secara Lillahi Taala. Sebagaimana Rumah Allah sepatutnya sentiasa terbuka, begitulah juga rawatanNya. Akan makmur dan imarahlah Masjid dengan Ilmu hikmah. Oleh pesakit, saudara/kawan peneman mereka, dan perawat/pelajar. InsyaAllah subuh ramai jemaahnya. Yang bukan Islam datang berubat pasti teruja. Yang tidak berIlmu hikmah, berilah laluan. Jangan taksub dengan jawatan/imbuhan. Kepada Sultan beriman keluarkanlah arahan. Agar Masjid dan Ilmu hikmah kembali dimuliakan. Duit seringgit kertas kosnya 2 sen atau 3 sen. Dapat membeli kederat setengah kilo beras. Inilah fitnah muslihat penjajahan zaman moden. Oleh pemimpin yang tidak sedar dikawal riba pemeras. Sistem riba pemeras ini bukan hayalan. Tetapi tersemat kekuatan sihir zaman berzaman. Kononnya dari Nabi Sulaiman. Sebenarnya dari kitab Harut Marut yang disembunyi bawah tahta Nabi Sulaiman. Sampai sekarang sihir ini masih diamalkan. Oleh golongan elit pengawal kewangan. Yang dianggotai secara rahsia. Kebanyakkan pemimpin adalah anggotanya. Itulah mengapa Ilmu hikmah ubatnya. Doa sebagai senjata Mukmin untuk melawannya. Bukankah ada hudud untuk pengamal sihir. Wajarlah zikir pedang malam perlu sebagai pengadil. Pulangkan kuasa pada hambaNya. Yang mengguna kederat menagih rezkiNya. Jadikan beras asas matawang ayn. Seperti Imam Shafii, zakat tidak dibayar dengan dayn. Peratus bunga faedah hutang patut disifarkan. Agar semua pemimjam kurang bebanan kecuali pokoknya. Harga padi sebagai rezkiNya dimuliakan dengan dinaikkan. Agar kepada tanah sumber rezkiNya, fokus dikembali sebagai pembebas bebanan. Jikalau hamba harta ayn pun sudah dimurkaNya. Apatah lagi dizaman dayn berleluasa, hamba harta dayn lagilah merana. Memang tiada ubat baginya, kecuali kembali kepadaNya. Martabatkan semula ketetapanNya, dari hamba faqir yang hina.
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 07:30:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015