Salam. Post agak panjang, walaupun da cuba utk memendekkan. - TopicsExpress



          

Salam. Post agak panjang, walaupun da cuba utk memendekkan. Keratan akhbar BH pada 21/11/2013 tentang hudud: Kerajaan tiada halangan dalam melaksanakan hudud, namun kita kena cerdik dalam melaksanakannya. Sebagai contoh, hukuman sebat ke atas wanita yang dilihat tidak begitu sesuai dilaksanakan. Betul atau tidak statement dari seorang menteri (yang dicopy bulat2 seperti di atas), wallahualam. Firman Allah s.w.t: تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ maksudnya: demikianlah batasan hukum Allah maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah maka mereka adalah orang-orang yg zalim (Al Baqarah, ayat 229) Sebagai CONTOH, perempuan/lelaki belum bernikah berzina, hukumnya sebat 100 kali. Atau pun perempuan/lelaki minum arak, hukumnya sebat 40 kali. Dah Allah tetapkan camtu, camane sesetengah pihak boleh cakap tidak begitu sesuai? Tu belum cerita hukum murtad, hukumnya bunuh. Tu pun masih ada sesetengah makhluk yang mengatakan: Rakyat yang berumur 18 tahun dan ke atas BOLEH memilih agama untuk menentukan pegangan serta arah tuju hidupnya. So, this is the so-called negara Islam is all about?? Pandangan aku ke atas sesetengah pihak ni: Beliau *AMAT/SANGAT/BEGITU/TERLALU/* berani. *potong yang tidak berkenaan* Let us get this straight, and simple. Hudud adalah ketetapan syara yang TIDAK BOLEH dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. TIADA SIAPA yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah s.w.t WALAUPUN Rasul s.a.w sekalipun. Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara: 1. Mejaga agama (aqidah) 2. Menjaga nyawa 3. Menjaga akal fikiran 4. Menjaga keturunan 5. Menjaga harta benda Sultan Brunei pernah bertitah (dan aku SANGAT kagumi baginda sultan): Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1,400 tahun dahulu. So, renung2kan. Allahu akbar. p/s : Aku pun manusia biasa. Tak perlukan kepala dililit serban/kopiah, atau bergelar ustaz/haji/cikgu, tangan dililit tasbih, semata-mata untuk berkongsi ilmu agama. Kita sama-sama belajar, kita sama-sama laksanakan, kita sama-sama ajarkan. In shaa Allah.
Posted on: Sat, 23 Nov 2013 04:18:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015