Salam ceria untuk kawan2 semua. Berikut adalah artikel yg mungkin - TopicsExpress



          

Salam ceria untuk kawan2 semua. Berikut adalah artikel yg mungkin boleh membantu.. PEMAKANAN WARGA TUA Warga tua mempunyai keperluan pemakanan khusus disebabkan oleh perubahan dalam badan dan cara hidup. Pengambilan makanan anda dipengaruhi oleh perubahan-perubahan yang berlaku pada usia tua seperti: 1.Kekurangan deria rasa dan bau 2.Kehilangan gigi 3.Kurang kepadatan tulang dan kurang ketahanan untuk melakukan aktiviti fizikal 4.Kurang keupayaan menghadam dan menyerap makanan 5.Kurang kekuatan jantung dan paru-paru 6.Kurang kandungan air dalam badan. kekurangan zat makanan boleh memburukkan lagi penyakit-penyakit kronik yang mempunyai kaitan rapat dengan warga tua lebih 60 tahun seperti osteoporosis, hipertens/tekanan darah tinggi, diabetes melitus dan penyakit jantung,warga tua perlu mengambil pelbagai jenis makanan kerana katanya, tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua zat atau nutrien yang diperlukan oleh badan. Makanan berkanji seperti nasi, roti, mi dan ubi membekalkan tenaga kepada tubuh. Jadi, ia perlu diambil dengan banyak sebagai sumber tenaga. Sementara itu, sayur-sayuran dan buah-buahan membekalkan vitamin, mineral dan serat. Pengambilannya yang banyak boleh mencegah penyakit dan mengelakkan sembelit serta buasir. Makanan berprotein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang perlu untuk mengekalkan dan memperbaiki tisu tubuh yang rosak. Makanlah secara sederhana. Air pula hendaklah diminum di antara enam hingga lapan gelas sehari untuk membuang sisa-sisa dan racun dari tubuh. Sup dan jus buah-buahan juga digalakkan. Pada usia tua, tulang seseorang cenderung menjadi reput. Bagi mengelakkan masalah ini, ambillah makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu rendah lemak, ikan sardin, bilis, tauhu, tempe dan sayur-sayuran berdaun hijau. Kurangkan makanan yang tidak baik untuk kesihatan seperti yang bersantan, bergoreng, kuih-muih, kek dan minuman manis. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sebaliknya, banyakkan makanan yang dikukus, direbus dan dipanggang. Makanan masin seperti ikan masin, telur asin, kicap, sos, dan bahan perasa boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi. (Jpapencen.gov.my)
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 01:15:24 +0000

Trending Topics



v>

Recently Viewed Topics




© 2015