Salam sejahtera. Bahagian Employbiliti Graduan (GEm), ICAN UiTM - TopicsExpress



          

Salam sejahtera. Bahagian Employbiliti Graduan (GEm), ICAN UiTM dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Fakulti Sains Komputer & Matematik, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Filem Teater & Animasi, Akademi Pengajian Bahasa dan Fakulti Sains Gunaan akan menganjurkan Seminar ‘Career Talk: Enhancing Your Future Career’ pada Sabtu, 26 Oktober 2013 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi maklumat dan informasi kepada pelajar yang akan melangkah ke alam kerjaya. Ini merupakan persediaan awal bagi pelajar untuk lebih bersedia dalam menentukan hala tuju masa hadapan menghadapi alam pekerjaan. Secara khusus seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam kerjaya dengan lebih mendalam. Seminar ini akan disampaikan oleh penceramah yang berkaliber dan berpengalaman dari beberapa organisasi. ATURCARA PROGRAM Pagi (Pelajar Selain Fakulti Kejuruteraan) 8.00 pagi : Pendaftaran pelajar dan ketibaan penceramah 8.30 pagi : Minum Pagi 9.00 pagi : Program bermula Bacaan Doa 9.10 pagi : Nyanyian lagu Negaraku, UiTM Dihatiku, Wawasan Setia Pelajar 9.20 pagi : Kata aluan Prof. Dr. Norsaadah Ismail Timbalan Naib Cancelor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (ICAN) 9.30 pagi : Sesi ceramah 1 11.30 pagi : Sesi Soal Jawab 12.00 tengahari: Majlis Tamat Petang (pelajar Fakulti Kejuruteraan Sahaja) 2.00 petang: Pendaftaran pelajar dan ketibaan penceramah 2.15 petang: Program bermula Bacaan Doa 2.20 petang: Nyanyian lagu Negaraku, UiTM Dihatiku, Wawasan Setia Pelajar 2.30 petang: Kata aluan Prof. Dr. Norsaadah Ismail Timbalan Naib Cancelor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (ICAN) 2.40 petang: Sesi ceramah 2 3.40 petang: Sesi ceramah 3 4.40 petang: Sesi Soal Jawab 5.00 petang: Majlis Tamat Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri program ini sila berhubung dengan Puan Norlela Yasin di Pejabat FPP di Shah Alam (Tel. +603 5544 4733 atau [email protected]); atau Encik Mohd Sufian Ab Razak (Tel. +603 5544 4766 atau [email protected]); atau juga boleh terus berhubung dengan saya melalui e-mel: [email protected]. Sila mohon secepat mungkin dengan memaklumkan Nama, No. Pelajar, No. Telefon dan Program Pengajian masing-masing kepada pihak HEP Fakulti sebelum tarikh akhir permohonan, iaitu 15 Oktober 2013. Permohonan dan pemakluman awal adalah diperlukan bagi menguruskan dan penetapan bilangan peserta. Sila panjangkan dan majukan maklumat ini kepada semua pelajar FPP yang berminat.
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 06:11:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015