Salam sejahtera kepada semua Ahli dan bukan ahli SBM - TopicsExpress



          

Salam sejahtera kepada semua Ahli dan bukan ahli SBM KL/Selangor. 1. Lawatan 3 hari 2 malam ke negeri Perak. SBm KL/Selangor akan mengadakan lawatan 3 hari 2 malam ke negeri Perak Darul Ridzuan. Program tersebut akan d jalankan pada 25,26 dan 27 Oktober 2013 bersamaan pada hari jumaat, sabtu dan ahad. Setiap peserta akan di kenakan sejumlah RM110 seorang. Ianya meliputi pengangkutan, tempat peginapan, makan 3 hari percuma tak termasuk 3 kali tajaan makan percuma, T.shirt dan lawatan ke beberapa tempat yang menarik d sekita negeri Perak. D antara tempat yang akan d kunjungi ialah: Pasir Salak tempat bersejarah, Ipoh Tempat membuat pasu, SBM cawangan Perak, kawasan air panas dan lain-lain tempat di kawasan negeri Perak. Untuk pendaftaran sila hubungi En. Mahadzir Abd Ghani Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial d talian 013 342 0536 Atau kerani SBM d talian 2276 4474 pada waktu pejabat. Ianya d kira sah setelah peserta membayar pendahuluan sejumlah rRM50.00 Sila beritahu saiz T.shir untuk memudahkan jawatankuasa menempuh T.shirt.Tarikh tutup pada 10 Oktober 2013. 2. Program Sepetang Bersama Wargamas. Jawatankuasa Wanita dan wargamas akan mengadakan program Sepetang bersama Wargamas pada : 19 Oktober 2013 bersamaan pada hari sabtu. Tempat: D Kafateria Kompleks MAB, Brickfields. Masa: Pada pukul 3.00 hingga 6.00 Petang. Mereka yang berusia 60 tahun ke atas layak menghadiri program tersebut. Sila berdaftar dengan puan Jamaliah Jawatankuasa Wanita dan Wargamas d talian 016 282 0452 Atau kerani SBM d talian 2276 4474 pada waktu pejabat. Sila beritahu jika bawa bersama pengiring hanya seorang sahaja pengiring yang d benarkan. Pwerlu d ingatkan juga bahwa pengiring hanya terdiri daripada anak, adik atau suami/isteri. Kawan tak d benarkan. 3. Program Mengunting Rambut Secara Percuma. Jika sebelum ini SBM KL/Selangor telah mempunyai tukang gunting sebulan sekali. Insya Allah mulai bulan ini SBM KL/Selangor akan mempunya seorang lagi tukang gunting rambut secara percuma. Ini bermakna program gunting rambut secara percuma akan di adakan 2 kali sebulan. Oleh itu kepada sesiapa yang berhasrat untuk menggunting rambut sila datang ke premis SBM KL Selangor pada 6 Oktober bersamaan pada hari ahad bermula dari pukul 12.00 tengahari. 4. Borang JKM “penyambungan elaun bulanan” Beberapa hari kebelangan ini SBM KL/Selangor termasuk pengerusi sendiri sering menerima panggilan dan pertanyaan berkenaan borang 20 JKM. Sebenarnya pihak SBM tidak menyediakan borang tersebut. Namun atas permintaan ahli-ahli, SBM KL/Selangor semalam telah memuat turun borang 20 dari web side JKM. Oleh itu sesiapa yang memerlukan borang tersebut boleh dapatkan d pejabat SBM KL/Selangor. Walau bagai mana pun sila hubungi kerani atau pengerusi SBM KL/Selangor terlebih dahulu sebelum datang mengambil borang tersebut. Borang akan d print jika ada permintaan. Ini untuk mengelkan berlakunya perbaziran kertas. Sekian harap maklum.
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 01:59:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015